Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

KJ tepis dakwaan ‘Soup Kitchen’ kotorkan KL

 | July 4, 2014

Tumpuan perlu diberi untuk membasmi kemiskinan dan bukan untuk menghapus orang miskin daripada pemandangan orang ramai

KHAIRY JAMALUDDINPETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menangkis tanggapan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor kewujudan badan bukan kerajaan (NGO) yang memberi makanan kepada golongan gelandangan akan menyebabkan imej Kuala Lumpur (KL) terjejas teruk terutama daripada aspek kebersihan.

Khairy sendiri pernah melihat, sukarelawan PERTIWI sentiasa menjaga kebersihan kawasan di mana mereka membuat program pemberian makanan.

“ Harap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dapat memberi kerjasama kepada NGO seperti ini untuk terus meneruskan kerja amal mereka,” katanya di dalam status Facebooknya.

Bendahari Parti Sosialis Malaysia (PSM), A. Sivarajan pula jelik dengan mentaliti yang ditunjukkan oleh Tengku Adnan yang telah mengarahkan NGO tersebut berhenti memberi bantuan makanan kepada gelandangan di ibu kota.

Sivarajan merasakan bahawa imej sesuatu bandar tersebut tidak tergantung kepada bangunan pencakar langit, tetapi melihat bagaimana penduduk bandar tersebut membantu masyarakat terpinggir.

“Peningkatan jumlah pengemis yang tidak mempunyai tempat tinggal mencerminkan kegagalan kerajaan menangani masalah kemiskinan di bandar.

“Tidak ada apa yang perlu dibanggakan dengan bangunan kaca berteknologi tinggi jika masyarakat miskin bandar dibiarkan terus miskin dan tidak dibantu,” jelasnya.

Ketua Pemuda Parti Gerakan, Tan Keng Liang tidak bersetuju dengan tindakan Tengku Adnan yang mengarahkan penutupan ‘Soup Kitchen’ yang selama ini banyak membantu golongan gelandangan.

“Saya faham usaha Tengku Adnan untuk menjadikan KL sebagai bandar yang bersih di mata pelancong. Tetapi, NGO ini bukan sahaja memberi makanan percuma kepada golongan gelandangan warga asing, mereka turut membantu rakyat kita yang kurang berkemampuan untuk makan.

“Beliau perlu faham akan kesusahan rakyat yang memiliki keluarga besar. Ada di antara mereka yang ada enam hingga tujuh orang anak. Bayangkan dengan kos hidup yang amat tinggi di KL, saya pasti dengan adanya NGO ini, sedikit sebanyak ia mampu ringankan beban yang ditanggung oleh mereka,” ujarnya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments