Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Kak Pah meninggal dunia

 | July 5, 2014

Allahyarham dikesan menghidap penyakit fibrosis paru-paru sejak dua tahun lalu.

sharifah_aini_300PETALING JAYA: Biduanita negara Datuk Sharifah Aini disahkan meninggal dunia awal pagi Sabtu ini.

Allahyarham yang berusia 61 tahun menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 1.26 pagi hari ini akibat jangkitan pada paru-paru.

Penyanyi tersohor negara itu telah dimasukkan ke Hospital Pakar Damansara pada Selasa lalu oleh anak tunggalnya, Aliff Omar selepas mengalami kesukaran bernafas.

Allahyarham dikesan menghidap penyakit fibrosis paru-paru sejak dua tahun lalu.

Sharifah Aini atau lebih mesra dipanggil Kak Pah merupakan anak kepada pasangan Syed Jaafar Syed Sahil dan Sharifah Noor Syed Ahmad Al-Attas di lahirkan pada 2 Julai 1953 di Nee Soon, Singapura.

Dalam kariernya, beliau sempat merakamkan 93 buah album termasuk 7 album berbahasa Inggeris.

Beliau terkenal di Asia dengan lagu-lagu seperti Seri Dewi Malam, Bunga Tanjung dan Hapuslah Air Matamu.

Al-Fatihah.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments