Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Rakyat perlu bersatu kutuk serangan ke atas MH17

 | July 18, 2014

Serangan ke atas MH17 merupakan serangan ke atas seluruh rakyat Malaysia.

iskandar-samad-pink-01PETALING JAYA: PAS menggesa agar rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik mesti bersatu mengutuk serangan terhadap MH17 dan tidak mempolitikkannya atau membuat sebarang spekulasi yang tidak berasas.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar A. Samad berkata, serangan ke atas pesawat tersebut adalah merupakan serangan ke atas seluruh rakyat Malaysia.

“Kesedihan yang dirasai oleh mereka turut dirasai oleh oleh kami (PAS) dan seluruh rakyat Malaysia.”, katanya.

Sehubungan itu, PAS berharap agar kerajaan Malaysia akan melakukan satu penyiasatan yang terperinci untuk mengenalpasti punca tragedi ini.

“Kerajaan perlu menuntut agar Ukraine dan Rusia memberi kerjasama serta memberikan penjelasan.

Tegas Iskandar, rakyat Malaysia mahu mereka yang bertanggungjawab ke atas kejadian ini dibawa ke muka pengadilan dan dihukum.

Sehubungan itu, PAS turut berharap agar kerajaan Malaysia akan memberi segala sokongan dan bantuan untuk meringankan keperitan yang dirasai oleh keluarga mangsa.

Iskandar yang mewakili PAS Selangor khususnya, merakamkan takziah kepada keluarga dan sahabat mereka yang terlibat dalam nahas penerbangan MH17.

“Kami mendoakan agar mereka bersabar dan tabah di dalam menghadapi ujian dari Allah S.W.T.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments