Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Kerajaan wajib bertindak segera

August 4, 2011

SURAT FMT: Dari R Kengadharan, melalui e-mel

Tanggal 31 Ogos 2011 genap 54 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan daripada British. Pencapaian negara setakat hari ini dari segi pendidikan, sosial dan pembangunan adalah amat mengagumkan serta mengalakkan.

Tetapi masih wujud ruang untuk mempertingkatkan prestasi dan Kerajaan Malaysia wajib komited dan pelihara kestabilan dan keharmonian negara.

Adalah juga mustahak agar program-program kemajmukan itu diperbanyakkan dan digalakkan demi mengeratkan persahabatan yang mampu memperkukuh kerjasama antara berbilang bangsa.

Walaupun Malaysia telah mencapai beberapa anugerah antarabangsa tetapi keadaan sosial buat masa sekarang dalam negara amat membimbangkan.

Demikian tidak diungkit semata-mata gimik politik. Kami sedar bahawa sejak kebelakangan ini beberapa perkara kritikal yang mesti ada perancangan berterusan telah dipinggirkan secara sengaja dan antaranya adalah kebajikan serta masa depan pemandu-pemandu teksi negara.

Saya sedar perkara-perkara ini boleh diperlekehkan, diperkecilkan dan dipermainkan. Jikalau tiada kesungguhan sudah tentu ia akan memberi impak negatif kepada masyarakat dan negara secara keseluruhannya.

Saya juga menggesa dan menyeru Kerajaan Malaysia supaya lebih berdedikasi dan prihatin terhadap masyarakat pemandu teksi.

Sebagai contohnya RM1.1 bilion untuk pembangunan institusi kebajikan telah dibelanjakan oleh kerajaan, di mana RM54 juta adalah untuk institusi kebajikan kanak-kanak, RM24 juta untuk warga emas dan RM6 juta untuk golongan miskin.

Dimanakah peruntukan kepada 1masyarakat pemandu teksi? Saya ingin menegaskan agar janganlah gendang dipalu macam hebat sangat.

Ini jelas mendedahkan ketidakadilan dan tidaksaksamaan. Maka perlu adanya usaha untuk memperbaiki keadaan. Apabila masyarakat di seluruh negara berlumba mendaki kemuncak kecemerlangan apakah masyarakat pemandu teksi mampu berbuat demikian?

Oleh itu sejajar dengan perkembangan masa, mereka juga sanggup bergerak secara proaktif dan disini ingin membentangkan beberapa cadangan dan pohon agar sasaran-sasaran ini perlu dicapai secara menyeluruh dalam tempoh masa terdekat demi menjamin masa depan mereka.

Berkaitan dengan matlamat di atas masyarakat pemandu teksi melalui suatu perhimpunan raksasa di Dewan Sivik pada 31 Julai 2011 telah membentang dan meluluskan sebulat suara sepuluh (10) resolusi seperti berikut:-

  • Mereka memerlukan penglibatan kerajaan secara langsung dalam menangani masalah-masalah pemandu teksi.
  • Kerajaan harus meluaskan skim Perkeso (Socso) agar meliputi pemandu teksi dan juga golongan berpendapatan persendirian.
  • Perjanjian sewa beli yang diamalkan sekarang perlu dipinda dengan segera agar hak dan kepentingan pemandu teksi dilindungi.
  • Perlu meminda semua peraturan dan undang-undang yang berkaitan.
  • Kerajaan harus membentuk sebuah kesatuan untuk pemandu-pemandu teksi.
  • Kerajaan harus merangka satu skim insuran dan pencen bagi semua pemandu teksi.
  • Kerajaan harus menyediakan satu skim pinjaman perumahan dan persendirian khas untuk masyarakat pemandu teksi.
  • Pemilik teksi diwajibkan mengambil insuran komprehensif bagi kenderaannya dan kadar premium yang ditentukan mestilah dalam kemampuan pemandu teksi.
  • Wujudkan rancangan-rancangan serta program di mana pemandu teksi boleh memberi khidmat untuk ahli-ahli dan negara.
  • Dan pemberian permit secara longgok kepada syarikat/majikan wajib dihentikan segera.

Saya juga menyeru kepada kerajaan agar garis kemiskinan ditingkatkan daripada RM720 sebulan kepada RM1,400 sebulan.

Ini suatu paras yang lebih realistik serta pohon agar masalah mereka selaku peneroka bandar diberi pandangan berat serta merayu kepada kerajaan agar menyediakan kemudahan asas yang memadai seperti letrik dan air.

Selanjutnya polisi kerajaan yang membenarkan aliran masuk pekerja asing tanpa terkawal secara langsung telah menyebabkan mata pencarian mereka terjejas teruk.

Kerajaan wajib menyahut seruan pemandu-pemandu teksi demi masa depan dan kebajikan mereka. Mereka tidak mahu dan tidak rela dipinggirkan oleh arus pembangunan.

Akhir kata ‘berat mata memandang, berat lagi bahu memikul’. Peribahasa ini jelas menggambarkan kesedihan seorang pemandu teksi.

Apa jua cabaran dan rintangan yang ditempuhi oleh mereka, mereka tetap mahu berusaha dan meminta kerajaan agar memandang berat terhadap desas desus mereka.

Penulis adalah bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments