Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Dasar ‘tiada toleransi kepada korupsi’ menguntungkan rakyat S’gor

November 30, 2011

SURAT FMT: Dari Pengundi DUN Kota Anggerik, melalui e-mel

Saya merasa begitu gembira dengan kenyataan Menteri Besar Selangor sewaktu menghadiri Seminar Pelaburan Malaysia anjuran Malaysia-Japan Commerce Association (MAJECA) di Tokyo pada Nov 22, 2011.

Beliau dengan jelas mengatakan pelabur-pelabur tidak perlu membayar apa-apa komisyen untuk melabur di negeri Selangor.

Lebih-lebih lagi kenyataan tersebut dibuat dihadapan pelabur-pelabur dari negeri Jepun yang pada masa ini telahpun melabur sebanyak RM1.8 billion di negeri Selangor.

Pelaburan-pelaburan seperti ini akan membanyakkan lagi peluang-peluang pekerjaan di negeri Selangor ini.

Lebih-lebih lagi suasana pelaburan di negeri Jepun tidak berapa menarik memandangkan kadar faedah (interest rate) di Jepun mendatar untuk 5-10 tahun kebelakangan ini.

Peluang ini perlu direbut oleh negeri Selangor bagi meramaikan lagi pelabur-pelabur Jepun ke negeri Selangor memandangkan  begitu trend di Jepun adalah melabur di luar negara sekarang ini.

Polisi dan praktis kerajaan Pakatan Rakyat yang tiada toleransi dengan korupsi bakal menarik perhatian ribuan pelabur-pelabur Jepun ke negeri Selangor memandangkan korupsi hanya akan mengurangkan keuntungan kepada para pelabur.

Dengan kata lain, apabila tiada korupsi, kadar keuntungan kepada para pelabur akan semakin tinggi. Ini akan mampu menarik lebih ramai pelabur ke negeri Selangor.

Lebih ramai pelabur masuk ke Selangor, bererti peluang pekerjaan akan bertambah. Ini juga bermakna ekonomi rakyat Selangor juga akan meningkat.

Jelas, ini suatu bukti bahawa dengan kurangnya korupsi, rakyat umum mendapat keuntungan yang berganda-ganda. Syabas Menteri Besar Selangor. Syabas Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments