Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Perjuangan Umno terhenti setakat lubang kubur

 | June 7, 2012

Perjuangan PAS mengadunkan aktiviti dakwah dan politik. Perjuangan Umno mengambil kebangsaan dan menolak agama (Islam).

COMMENT

Umno semakin resah dan gelisah.  Tun Dr Mahathir Mohamad, mantan perdana menteri juga semakin resah dan gelisah.

Kebanjiran lebih 100,000 penyokong PAS pada Himpunan Hijau ke Putrajaya di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada 1 Jun lalu membuat Umno dan Dr Mahathir semakin resah dan gelisah.

Hingga terpantul dari mulut Dr Mahathir mendakwa peserta Himpunan Hijau diupah untuk hadir di himpunan tersebut dan ini menunjukkan reaksi spontan mereka yang membayangkan keresahan dan kegelisahan.

Kebangkitan rakyat seramai itu memang tidak diduga, bukan sahaja oleh Dr Mahathir dan pemimpin-pemimpin Umno terutama di Kedah tetapi oleh PAS sendiri.

Kesilapan Dr Mahathir kerana beliau menyangka penyokong dan ahli PAS boleh diupah, dibeli dengan wang ringgit seperti yang berlaku secara berleluasa dalam Umno.

Beliau menyangka ahli PAS boleh dibeli, disogok dengan wang ringgit. Kesilapan beliau kerana menganggap PAS seperti Umno. Beliau sendiri akui Umno sudah rosak kerana bergelumang dengan rasuah hingga menjadi budaya, cara hidup dan darah daging.

Malang sekali kerana Dr Mahathir tidak dapat membezakan di antara parti sekular dan parti teologi, di antara Umno dan PAS. Umno ialah sebuah parti sekular lagi perkauman manakala PAS sebuah parti yang mendokong perjuangan Islam berdasarkan Al Quran dan As- Sunnah.

Manusia berfikiran sekular tidak akan dapat memahami dan membezakan di antara perjuangan sebuah parti yang berasaskan Islam dan perjuangan parti yang berasaskan sekular dan kebangsaan.

Perjuangan PAS mengadunkan aktiviti dakwah dan politik.  Perjuangan Umno mengambil kebangsaan dan menolak agama (Islam).

Barangkali beliau tidak sedar bahawa penyokong PAS yang hadir di Himpunan Hijau terpaksa membayar RM60 sebagai tambang bas menggunakan wang poket sendiri untuk menyertai Himpunan Hijau di Alor Setar.

Ini tidak termasuk lagi makan minum dan tempat tinggal yang kesemuanya ditanggung sendiri oleh penyokong PAS dengan penuh kerelaan.

Berbeza dengan ahli Umno, seperti yang Dr Mahathir sendiri menyedarinya, semuanya dibayar.  Makan minum, tambang pengangkutan, tempat tinggal semuanya dibayar.

Ahli PAS sudah ditarbiyyah


Semua ahli PAS ditarbiyyah untuk bekerja untuk parti dengan ikhlas, kerana Allah SWT semata-mata, jauh sekali dari matlamat untuk mendapatkan habuan dan harta benda.

Perjuangan PAS adalah berdasarkan ayat 10 dan 11, Surah As-Saff.

Firman Allah SWT bermaksud: “Wahai orang-orang beriman! Mahukah aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?

“Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengah harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).”

Mana mungkin manusia sekular seperti Dr Mahathir yang mempunyai pemikiran yang keliru dan salah menurut pandangan Al Quran memahami ayat-ayat ini.

Perjuangan yang berasaskan sekular dan kebangsaan terhenti setakat di lubang kubur sahaja manakala perjuangan berasakan Islam sampai di akhirat.

Kebimbangan Dr Mahathir ini juga mungkin tercetus ekoran kebangkitan parti Islam, Ikwanul Muslimun di Mesir yang diambang mencapai kemenangan pada pilihan raya presiden yang sedang berlangsung selepas kejatuhan Hosni Mubarak.

Mubarak, 84 yang hampir sebaya dengan Dr Mahathir, dikenakan hukuman penjara seumur hidup di atas kesalahan menyebabkan kematian ratusan penunjuk perasaan di Dataran Tahrir awal tahun ini.

Kebangkitan Arab Spring inilah yang dibimbangi oleh pemimpin-pemimpin Umno, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menuduh parti pembangkang mahu mengguling kerajaan.

Pemimpin-pemimpin Umno di Kedah juga turut resah dan gelisah apabila menyaksikan kebangkitan rakyat, penyokong PAS lebih dari 100,000 orang hadir, membanjiri stadium itu sehingga melimpah ruah.

Kenyataan Setiausaha Umno Kubang Pasu, Samsuddin Ahmad yang meremeh-temehkan Himpunan Hijau ini dalam satu wawancara dengan FMT semalam, juga mencerminkan rasa resah dan gelisah yang selama ini tertanam di lubuk hati.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments