Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Alhamdulillah, ramai artis berhijrah

 | July 1, 2012

Abby Abadi, seorang lagi artis yang dibuka pintu hatinya untuk menerima pancaran cahaya hidayah daripada Allah SWT.

‚ÄúSebenarnya baru kini saya faham bahawa agama dan¬†politik tidak boleh dipisahkan,” kata Abby Abadi.¬†Beliau merupakan seorang lagi artis yang dibuka pintu hatinya untuk¬†menerima pancaran cahaya hidayah daripada Allah SWT.

“Sekiranya saya tidak dibenarkan lagi keluar di televisyen ‚Ķ..tak¬†apalah, sebab saya sayangkan agama saya.

“Demi agama Islam, saya tidak lagi takut kepada manusia dan bimbang¬†akan kehilangan semua kerana ianya datang daripada Allah,”¬†katanya ketika berceramah di atas pentas PAS di Kuala Kedah baru-baru ini.

Kelmarin Hairie Othman, pelakon filem Leftenan Adnan menyerahkan borang menyertai PAS kepada Mursyidul Am Tuan Guru Nik Abdul Nik Mat pada majlis Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat negeri Johor di Johor Baharu.

Nampaknya semakin ramai golongan artis dilanda gelombang kebangkitan Islam dewasa ini dan kembali insaf untuk mempelajari ilmu- ilmu agama bagi mendekatkan diri kepada Allah.

Di antara mereka ialah selebriti seperti Bob Lokman, penyanyi Aishah, pelawak Leman Raja Lawak, Sham Kamikaze dan Raja Dangdut Iwan Syahman yang kembali ke pangkal jalan dan mengenal siapa diri mereka sendiri dalam erti kata yang sebenarnya.

Insaf

Kebanyakan artis yang telah insaf memilih pentas PAS untuk menceritakan pengalaman mereka dan ingin bersama-sama berjuang untuk menegakkan kalimah Allah melalui parti Islam itu.

Artis seperti Abby Abadi sedar bahawa agama dan politik tidak boleh dipisahkan.  Perjuangan PAS yang mengadunkan kerja-kerja dakwah untuk melaksanakan hukum Allah dan pada masa yang sama melibatkan diri dengan aktiviti politik adalah bersesuaian dengan jiwanya.

Apatah lagi PAS dipimpin oleh para ulama’ seperti Nik Aziz dan¬†presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menguasai ilmu duniawi dan¬†ukhrawi, lebih-lebih lagi mereka mempunyai pengalaman yang luas dalam¬†pentadbiran dan kenegaraan menurut acuan Islam.

Kini mereka melihat parti Umno sebagai sebuah parti sekuler, perkauman, memisahkan agama dan politik dan ahli-ahlinya semakin jauh daripada Islam berdasarkan peristiwa dan insiden yang berlaku mutakhir ini.

Budaya rasuah, samseng, adu dumba, memfitnah, video lucah, senaman buntut dan berbagai penyelewengan dalam Umno selama ini adalah tidak lagi dipandang sesuai dan relevan pada masa ini.

Sebaliknya mereka melihat PAS sebagai sebuah parti yang bukan sahaja mampu menyekat gejala sosial dan keruntuhan moral terutama di kalangan anak muda dan remaja hari ini tetapi sentiasa berusaha untuk mendaulatkan Islam.

Dekatkan diri dengan Allah

Dalam gerakerja dan aktiviti PAS, terdapat pengajian ilmu agama, usrah, tamrin, halaqah termasuk penganjuran ibadat-ibadat khusus seperti solat berjemah, berdoa, bermunajat yang bertujuan untuk mendapat pengampunan dan mendekatkan diri kepada Allah.

Memandangkan terdapatnya perbezaan yang ketara ini di antara Umno dan PAS maka ramai artis mengambil keputusan untuk menyertai perjuangan PAS yang menerima Al Quran dan As-Sunnah sebagai perundangan yang tertinggi seperti tercatat dalam perlembagaan PAS.

Sesungguhnya para artis ini telah menyahut seruan Allah seperti firmanNya dalam ayat 11 dari Surah Ar-Raad, yang selalu kita dengar, yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum¬†sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri sendiri.”

Penghijrahan beramai-ramai artis juga membuktikan bahawa perjuangan PAS selama ini berada pada landasan yang betul dan benar dan sekaligus menolak tohmahan Umno yang masih berpegang dengan fahaman kuno bahawa agama dan politik tidak boleh bercampur.

Abby Abadi merupakan contoh seorang artis yang memahami hakikat bahawa agama dan politik tidak boleh dipisahkan.

Alhamdulillah, semakin ramai artis berhijrah…..


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments