Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

EURO 2012: Misteri dan kadang kala tidak adil

 | July 2, 2012

Bola sepak bukan seperti singa perkasa di rimba raya di mana seluruh haiwan tunduk padanya

COMMENT

Sepanyol mengesahkan status kuasa bola sepak dunia selepas membenam Itali 4-0 dalam final Piala Eropah 2012 awal pagi tadi. Pada 2010, The Matador itu menjuarai Piala Dunia – pertama kali dalam sejarah. Bagaimanapun, kejohanan bola sepak terbesar Eropah dan kedua di peringkat dunia ini banyak kejutan yang berlaku.

Belanda tersingkir dari kumpulan B sedangkan pasukan itu naib juara

Piualoa Dunia 2010. Dari tiga kali permainan melawan Jerman, Denmark, dan Portugal, Belanda tidak meraih mata. Piala Eropah kali ini boleh jadi merupakan catatan terburuk skuad Orange itu dalam sejarahnya.

Dua bekas kuasa dunia, Perancis dan England tersungkur di suku akhir. Kekalahan England kepada Itali, boleh jadi kalah nasib kerana melalui penalti.

Namun Perancis juara Euro 1984 dan juara dunia 1998 dan penuh bintang berprofail tinggi  tunduk kepada Sepanyol 0-2.

Euro 2012 ini menunjukan kadang-kadang bola sepak itu tidak adil. Tidak adil sebab pasukan  yang secara penuh menguasai pertandingan belum tentu memenangi pertandingan.

Pasukan yang menyerang terus, dikalahkan oleh pasukan yang bertahan dan sesekali menyerang. Penguasaan bola juga bukan menjadi ukuran kalah dan menang. Pasukan yang menguasai bola 65 peratus boleh kalah lepada pasukan yang menguasai bola hanya 35 peratus

Di sinilah letak ‘tidak adilnya’ bola sepak. Bola sepak bukan seperti seorang anak yang cerdas yang memiliki IQ tinggi, sehingga ia selalu memperoleh nilai baik dalam setiap ujian sekolah.

Nasib dan kematian

Bola sepak ternyata bukan seperti singa perkasa di rimba raya di mana seluruh haiwan tunduk padanya. Bola sepak ternyata tidak seperti dalam dunia awam yang kuat dan berani akan ditakuti. Dan bola sepak ternyata tidak boleh diukur dan dihitung dengan perkiraan dan rumusan-rumusan di atas kertas.

Sebelum pertandingan, ada yang menjangkakan Belanda dan Jerman bertemu dalam final. Ramalan yang didasari banyak pertimbangan dan pengamatan itu ternyata meleset jauh. Di mana Belanda tersingkir paling awal, dan Jerman juga demikian kalah dengan Itali 1-2 di separuh akhir.

Dalam bola sepak faktor nasib juga menjadi penentu. Russia yang menang 4-1 ke atas Republik Chech menang 4-1, namun ia tidak lolos dalam kumpulan A, kerana dalam pertandingan berikutnya, ia hanya seri dengan dengan Poland, 1-1; dan kalah kepada Greece 0-1.

Bola sepak bukan ilmu matematik. Ia misteri. Kalah dan menang diketahui selepas 90 minit, masa tambahan atau penalti. Menjaringkan gol lebih dahulu belum tentu akan menjadi pemenang.

Bola sepak adalah misteri seperti nasib dan kematian. Orang tidak tahu bila akan mati. Banyak orang yang sihat, tetapi tiba-tiba mati. Dan banyak orang sakit namun sembuh. Seperti nasib, orang tidak tahu apa akan terjadi kepadanya.

Orang yang sebelum ini susah berubah menjadi kaya raya. Manakala orang yang mulanya hidup bergelumang harta, tiba-tiba jatuh miskin dan melarat.

Kemisterian dan kadang dirasa tidak adil itulah yang membuatkan bola sepak penuh dengan kejutan-kejutan. Mungkin dengan kemisterian dan ketidakadilan inilah yang membuat bola sepak menjadi menarik.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments