Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Salahkan sendiri sekiranya Kedah jatuh balik ke tangan BN

July 30, 2012

SURAT FMT: Dari  P Dev Anand Pillai, melalui e-mel

Sekiranya pimpinan PAS tidak mengambil kira reaksi kebanyakkan komen-komen yang disiarkan di dalam bahagian komen di portal Malaysiakini and portal bebas yang lain, maka bukanlah hiaran sekiranya pengundi-pengundi Kedah pulang balik ke pangkuan BN. Apa yang sangat kekurangan di dalam PAS ialah orang-orang yang profesional and berwibawa.

PAS kena faham bahawa sekarang pengundi-pengundi bukan lagi yang hanya terdiri daripada pakcik-pakcik and makcik-makcik yang mengerjakan sawah bendang. Generasi Kedua and Ketiga sudah tiba dan mereka telah lihat sebelah yang satu lagi, oleh itu pemikiran mereka adalah digaris pandukan oleh kebolehan ekonomi negeri yang ditadbirkan oleh Pakatan Rakyat sekarang.

Sekiranya panduan Pakatan Rakyat hanya adalah atas isu keagamaan dan ketata-susilaan sahaja, maka rakyat Kedah yang dahulunya menyokong BN dan telah memberikan peluang kepada PR untuk mentadbir kini balik ke pangkuan BN sekali lagi.

PAS memerlukan professional-professional yang boleh berganding tenaga untuk membawa perubahan kepada ekonomi negeri. Sekiranya polisi-polisi lama yang hanya mementingkan segelintir masyarakat masih diguna-pakai oleh kerajaan PR, apa gunanya bertukar kerajaan?

Polisi seperti 50% unit-unit rumah projek-projek pembinaan rumah yang baru harus disimpan untuk quota bumiputra adalah polisi yang kuno dan tidak masuk akal. Sekiranya 50% yang di reserve kan itu tidak dapat dijualkan kepada pembeli bumiputra yang layak, apakah yang akan jadi kepada unit-unit itu? Pernahkah kerajaan PR teringat tentang nasib pemaju-pemaju yang membangunkan tanah-tanah sawah padi untuk dijadikan projek Taman Perumahan?

Kerajaan PR mesti lihat dari sudut ekonomi, dimana sekiranya golongan bumiputra yang berada ingin untuk melabur and pasarannya ada, mungkin quota 50% itu dapat dilaksanakan tetapi ramai yang berada di kalangan bumiputra tidak ingin untuk menaburkan dana terlebih mereka di Kedah kerana mungkin returns nya tidak sebagus yang boleh didapati di Lembah Klang atau di selatan seperti di Seremban ataupun di Johor Bharu. Oleh itu, secara keseluruhan kepakaran menangani ekonomi dan ketulusan pentadbiran yang dihendaki rakyat sekarang.

Walaupun pentadbiran yang telus, idea-idea baru mesti diberikan kepentingan. Hati pengundi-pengundi bukan Bumiputra mesti di jaga. Isu perobohan tempat penyembileh khinzir di Alor Star juga mesti ditangani dengan cermat oleh pimpinan PAS di Kedah, apa salahnya sekiranya suatu tempat untuk penyembilehan khinzir di berikan kepada masyarakat Cina untuk diusahakan?

Sekiranya dibuat dengan kadar moden and bersih, industri ini boleh menjadi suatu penjana ekonomi masyarakat Cina dan secara tidak langsung, undi juga akan bertambah. Tetapi malangnya di Kedah isu-isu macam ini dibiarkan untuk dijadikan isu hangat untuk pihak BN menyuarakan. Sekiranya BN dilihat sebagai penyuara orang-orang bukan bumiputra, maka bukanlah lagi suatu perkara yang hiaran sekiranya mereka kembali untuk mengundi BN di pilihanraya akan datang.

PAS mesti mengambil tahu bahawa pengundi-pengundi bukan bumiputra adalah suatu khazanah undi yang penting. Untuk menjayakan impian PAS untuk mentadbir di peringkat pusat, PAS mesti meletakkan seorang calon Menteri Besar yang lebih berwibawa daripada apa yang berada sekarang.

PAS mesti juga tahu bahawa walaupun mereka mempunyai sokongan yang kuat daripada masyarakat petani, pekerja and orang-orang kampung, orang Melayu yang rapat dengan golongan kapitalis Cina dan India boleh mengagihkan undi-undi popular ke arah BN pada pilihanraya yang akan datang.

Saya sering ke Alor Star dan saya mendapati isu pengutipan sampah adalah suatu masalah yang tidak dapat di perbaiki oleh pentadbiran PAS, di Selangor walaupun terhadap cubaan untuk sabotaj terhadap sistem kutipan sampah, Kerajaan PKR di Selangor dapat membendunginya dengan cepat dan pantas.

Kedah boleh dimajukan dengan kecepatan yang sama seperti Selangor and Pulau Pinang tetapi PAS mesti meletakkan seorang yang akur ekonomi dan tahu mengimbangkan hak-hak masyarakat bukan bumiputra kalau tidak PAS seperti biasa akan balik ke pantai timur dimana mereka diterima dan dimana mereka hanya boleh menunjukkan bakat dengan mentadbir Kelantan dan Terengganu sahaja. Bangunlah PAS sebelum peluangnya hilang!


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments