Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Jangan benarkan yang salah dan salahkan yang benar

August 30, 2012

DAP menghormati tujuan PAS untuk melaksanakan hudud sedangkan UMNO dari dulu menghalang pelaksanaan hudud ini secara terbuka.

COMMENT

Bahagian Akhir

Oleh Aspan Alias

Sebagaimana yang saya janjikan saya menyambung apa yang saya tulis dalam posting saya semalam.

Hudud ini, jika dipersoalkan berlebihan ia akan hanya menjadikan seseorang itu dipandang tidak mempunyai keyakinan terhadap hukum Tuhan itu. Walaupun ada seorang pemimpin besar negara yang sekarang menafikan beliau bukan tidak bersetuju dengan hudud tetapi beliau tidak bersetuju dengan hudud PAS.

Kenyataan beliau ini menjelaskan kepada kita beliau bercakap di atas premis politik dan menganggap hudud yang hendak di perjuangkan oleh PAS itu adalah hudud ciptaan PAS. Kenyataan ini merupakan satu kenyataan seorang yang hanya celik mata zahir tetapi sudah buta mata hatinya.

Beliau membutakan hatinya kerana bermain politik kepartian yang terlalu menebal sehinggakan di waktu partinya sudah hampir tumbang dan terumbang ambing beliau sanggup membuat kenyataan yang bertentangan dengan agamanya sendiri. Apa yang hendak dibawa oleh PAS itu ialah hukum yang di turunkan oleh agama dan Tuhan kita.

Adalah tidak munasabah menuduh yang hudud yang diperjuangkan oleh PAS adalah hudud PAS. Untuk mendapat penyelesaiannya yang terpenting bagi kita yang berbeza parti politik ini wajar terlebih dahulu untuk mengakui yang hudud itu adalah hukum Tuhan.

Itu yang perlu dilakukan dahulu kerana jika kita tidak percaya yang hukum itu adalah hukum Tuhan maka sampai bila isu ini tidak akan selesai.

Bagi saya hudud adalah undang-undang untuk semua orang Islam dan itu datangnya dari Tuhan yang maha adil dan saksama. Hudud ini wajar di terima oleh semua orang Islam kerana itu adalah undang-undang agamanya.

Tetapi jika tidak mampu melaksanakannya jangan pula di hina undang-undang itu. Segala yang baik ini bukan senang untuk dilakukan dan tidak menjadi masalah jika ianya di ikuti secara beransur-ansur sehingga dapat terlaksana dengan sepenuhnya.

Perintah Tuhan

Yang penting usaha mesti ada dari mana-mana pihak untuk membina keyakinan yang hudud itu adalah perintah Tuhan dan kita laksanakan secara beransur-ansur. Kata orang tua-tua, ‘kerja beransur-ansur itu tidak bertahan’.

Susah senangnya untuk melaksanakan hukum Tuhan ini sebenarnya berada di dalam pemikiran kita. Jika kita berfikir yang ia susah untuk dilaksanakan maka susahlah ia. Tetapi jika kita serius maka ia akan dapat dilaksanakan dengan mudah dan senang.

Oleh kerana yang memberi komen ini meyalutkan unsur politik biar kita jawab dengan bersalutan politik juga. Kini pemimpin politik terutamanya dipihak UMNO dan BN sedang berusaha untuk memecah-belahkan pembangkang dengan isu ini.

MCA (Chua Soi Lek) sehingga hari ini memainkan isu hudud yang bukan pun hukum agamanya dengan terang-terangan dan UMNO sebagai rakan kongsinya mendiamkan diri kerana UMNO sendiri memang telah menolak hukum ini. Jadi semua pari-parti dalam BN menolak hudud terang-terangan tanpa segan silu.

Chua Soi Lek telah memaksa Lim Guan Eng untuk menolak PAS kerana perjuangan untuk melaksakan hudud untuk orang Islam kita. Niatnya ialah untuk menakut-nakutkan kaum Cina dan bangsa lain yang telah menolak UMNO dan BN sekarang ini.

Dalam perbahasan terbuka di antara Soi Lek dengan LGE beberapa bulan dahulu LGE telah memberitahu Soi Lek yang DAP menghormati agama dan kepercayaan orang lain. LGE dan DAP bukannya seperti MCA yang memaksa UMNO menolak hudud kalau UMNO tidak mahu MCA meninggalkan BN.

Dengan jawapan LGE dalam perbahasan itu dan dalam sidang media bersama Pakatan Rakyat telah memberikan pendirian resmi DAP yang parti itu menghormati agama dan kepercayaan pihak dan agama lain.

Dalam erti lain DAP tidak menentang dan membenci hudud itu secara resmi dan sanggup bekerjasama dan terus-menerus melaksanakan apa yang telah bersama-sama di persetujui seperti yang terkandung di dalam buku jingga Pakatan Rakyat dan tidak mahu isu hudud itu menjadi penghalang kepada kerjasama dan permuafakatan di dalam Pakatan Rakyat itu.

Suara-suara terpencil seperti suara Karpal Singh itu merupakan elemen yang biasa di dalam mana-mana pertubuhan termasuk dalam pertubuhan politik.

BN nampaknya menggunakan isu Karpal Singh ini sebagai isu yang besar untuk menakut-nakutkan orang Melayu sedangkan UMNO yang sedang berkuasa pun tidak membuat sesuatu pun untuk melaksanakan hukum agamanya sendiri.

Apa yang dihairankan jika Karpal Singh mengeluarkan kenyataan peribadi menentang hudud itu? Karpal bukannya beragama Islam.

Pemimpin Umno persenda hudud

Tetapi Mahathir atau Najib pemimpin besar UMNO yang beragama Islam sendiri mempersendakan hukum agamanya sendiri, kenapa pula hendak marahkan Karpal yang bukan beragama Islam menentang hukum Tuhan kita ini? UMNO tidak mahu dan enggan untuk membuktikan bahawa hudud itu adalah adil untuk semua.

Kepada pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli UMNO, saya berharap jangan dipersendakan hudud ini. Jika tidak mampu untuk melaksanakannya berikanlah penghormatan kepada pihak yang sedang berusaha untuk melaksanakannya.

Jangan dipersendakan yang hukum ini adalah ciptaan PAS kerana PAS seperti juga dengan orang-orang Islam lain bertuhankan Allah swt.

Setidak-tidaknya berikan pendirian seperti DAP yang secara resminya menghormati kaum lain dengan agamanya. Jika sebelum ini DAP di momokan sebagai parti kafir kenapa sekarang keadaan dan pendirian di antara DAP dan UMNO itu sudah terbalik?

DAP menghormati tujuan PAS untuk melaksanakan hudud sedangkan UMNO dari dulu menghalang pelaksanaan hudud ini secara terbuka.

UMNO sehingga hari ini tidak mahu memberikan pengakuan secara resmi yang hudud itu datangnya dari Allah swt dan jika kita bersama-sama beriman maka mengakuinya merupakan usaha memperkuatkan tahap keimanan kita.

Perbezaan di antara DAP dengan PAS mungkin wujud, tetapi di atas perbezaan inilah yang telah membina permuafakatan di dalam Pakatan Rakyat itu.

Kita mesti ingat jika tidak ada elemen perbezaan maka tidak akan ada elemen permuafakatan itu sendiri. Kita juga tahu yang BN ada permuafakatan tetapi permuafatan mereka ialah untuk bersama-sama untuk mempersendakan hukum agama dan Tuhan kita.

Kita kepingin untuk mendengar UMNO mengakui secara resmi yang hudud itu adalah hukum Tuhan kita sendiri, bukannya dari mana-mana. Tetapi sebaliknya kita mendengar kata-kata berunsur orientalis seperti ‘lebih baik bekerjasama dengan syaitan yang kita kenali dari malaikat yang kita tidak kenali’ dan sebagainya yang menyesatkan kita semua.

Sampai bila kita di kelirukan oleh politik murahan pihak yang sedang dalam ketakutan ini? – http://wwwaspanaliasnet.blogspot.com


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments