Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Janji Pakatan Rakyat hanya jualan politik

September 2, 2012

Rakyat sepatutnya sudah boleh membuat kesimpulan bahawa segala janji dan polisiyang terdapat dalam Buku Jingga bukan merupakan satu perjanjian politik yang mesti ditunaikan.

COMMENT

Oleh Shen Yee Aun

Manifesto Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-12 yang menjanjikan bekalan air kegunaan domestik secara percuma sebanyak 20 meter padu pertama setiap bulan tanpa menyatakan syarat pengguna mesti menggunakan meter individu, adalah ‘bukan satu perjanjian’.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengemukakan alasan itu bagi menepis kritikan pelbagai pihak yang mempertikaikan keengganan pentadbiran kerajaan PKR Selangor memberikan kemudahan air percuma kepada ratusan ribu penghuni pangsapuri dan kondominium atas alasan mereka masih menggunakan meter air pukal.

Beliau juga kekal dengan pendirian tidak melayan tuntutan membayar tunggakan air percuma ditaksirkan mencecah RM300 juta setelah para penghuni kediaman bertingkat tersebut dinafikan hak menikmati kemudahan air percuma sejak Ogos 2008.

Rakyat Malaysia kini perlu membuka mata apabila Pakatan Rakyat sudah mula menunjukkan belang dan sifat mereka yang sebenar.

Dahulu sebelum Mac 2008 mereka menjanjikan rakyat dengan pelbagai janji – janji manis demi mendapat sokongan dan undi pengundi . Selepas Mac 2008 apabila mereka gagal untuk melaksanakan sebahagian besar janji mereka maka pada mulannya mereka akan menyalahkan pihak Barisan Nasional ke atas segala kegagalan mereka untuk menepati janji mereka.

Kini ketika diasak sekali lagi oleh komponen parti Barisan Nasional yang bertindak sebagai pejuang kebajikan masyarakat dan penduduk di Selangor maka wujudnya konsep manofesto Pakatan Rakyat bukanlah satu perjanjian.

Menteri Besar Khalid Ibrahim perlu mengetahui hakikat bahawa pandangan beliau tidak boleh sesekali dianggap sebagai pandangan peribadi kerana beliau merupakan salah seorang pemimpin tertinggi dalam Pakatan Rakyat dan merupakan Ketua Pakatan Rakyat di seluruh Selangor.

Sekirannya kenyataan Khalid Ibrahim yang mengatakan manifesto bukanlah satu perjanjian, maka rakyat sepatutnya sudah boleh membuat kesimpulan awal bahawa segala janji, polisi, manifesto dan termasuk segala yang terdapat dalam Buku Jingga bukan merupakan satu perjanjian politik yang mesti ditunaikan.

Oleh itu , rakyat Malaysia diminta supaya jangan terpengaruh dengan segala dasar, polisi, manifesto dan janji Pakatan Rakyat dalam PRU 13 akan datang kerana kesemuanya hanyalah jualan politik semata–mata dan bukanlah satu perjanjian yang mesti dilaksanakan.

Rakyat Malaysia sepatutnya menyokong Barisan Nasional yang berpegang pada konsep Menepati Janji dan bukannya memungkiri janji.

Apakah maknanya perubahan dan konsep ubah untuk mengubah sebuah kerajaan yang menepati janji dan digantikan dengan kerajaan yang tidak mampu untuk melaksanakan janji mereka? Rakyat sepatutnya mengutamakan kestabilan negara berbanding dengan konesep perubahan yang akan memudaratkan negara.

Shen Yee Aun  adalah presiden NGO Kami Sayangi Selangor dan Malaysia Youth Rights Movement.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments