Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Parti KITA tidak campur parti lain

September 12, 2012

SURAT FMT: Dari Masrum Daya, melalui e-mel

Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) tidak masuk campur dengan urusan pentadbiran parti politik lain, kata Pengerusi Parti KITA Negeri Kedah, Kamal Nasser Bin Thow Beek.

Beliau berkata demikian ekoran laporan akhbar baru-baru ini yang memetik kenyataan Zamil Ibrahim yang mendakwa bahawa Ahli Parlimen Bachok, Nasharuddin Mat Isa, bakal menerima nasib yang sama seperti Dr Hassan Ali. Kenyataan itu mengaitkan Zamil dengan Parti KITA.

Hakikatnya, Zamil Ibrahim tidak ada hak untuk bercakap bagi pihak Parti KITA kerana Zamil bukan ahli parti. Dia telah dipecat Februari lalu, tambah Kamal.

Berhubung penahanan seorang pemimpin politik atas dakwaan sumbang mahram, KITA berpendirian bahawa prinsip keluhuran undang-undang mesti sentiasa ditegakkan, iaitu seseorang itu tidak bersalah sehinggalah dibuktikan bersalah di mahkamah yang mempunyai bidang kuasa yang kompeten, katanya.

Pada masa yang sama Setiausaha Pusat Parti KITA, Masrum Dayat memberitahu bahawa beliau telah dimaklumkan oleh pegawai ROS bahawa pemecatan Zamil Ibrahim adalah teratur (mengikut peraturan dan perlembagaan parti).

Zamil tidak ada kaitan dan tidak ada sebarang jawatan dalam Parti KITA, baik di peringkat negeri mahupun pusat. Ketua Parti KITA masih kekal Datuk Zaid Ibrahim.

Dakwaan bahawa Parti KITA terbelah dua adalah cerita rekaan Zamil semata-mata dan tidak pernah berlaku “kumpulan Zamil mengambil alih” parti ini.

Zamil bergerak sendirian tetapi diberi ruang yang meluas oleh akhbar tertentu.

Parti KITA mempunyai struktur organisasi yang agak berbeza. Tidak ada jawatan Presiden di dalam perlembagaan parti KITA. Jawatan eksekutif tertinggi di dalam parti KITA adalah jawatan Ketua Parti, yang kini masih disandang oleh Datuk Zaid Ibrahim, jelas Masrum.

Tidak wujud jawatan presiden sementara seperti yang didakwa Zamil dan Zamil mesti menghentikan daripada mengaitkan dirinya dengan parti KITA, tegas Masrum.

Penulis ialah Setiausaha Pusat Parti KITA


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments