Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Episod baru ‘Islamophobia’

 | September 20, 2012

'Islamophobia' ialah satu istilah yang digunakan untuk menggambarkan prejudis atau kebencian atau perasaan bimbang yang tidak berasas terhadap Islam dan masyarakat Muslim.

COMMENT

Secara tiba-tiba umat Islam ‘meletup’ dan bangkit lagi di seluruh pelusuk dunia. Kali ini gelombang kebangkitan tercetus ekoran penerbitan sebuah filem/video yang disebarkan melalui Youtube bertajuk ‘Innocence of Muslims’.

Adakah serangan terhadap agama Islam dan menghina peribadi Nabi Muhammad saw dalam filem hasil karya Sam Bacile, seorang Yahudi warga Amerika Syarikat ini merupakan satu expresi ‘Islamophobia’?

‘Islamophobia’ ialah satu istilah yang digunakan untuk menggambarkan prejudis atau kebencian atau perasaan bimbang yang tidak berasas terhadap Islam dan masyarakat Muslim.

Ataukah serangan terhadap Islam dengan menerbitkan berbagai buku dan filem yang menghina Islam merupakan satu bentuk penganiayaan terhadap Islam dengan mempunyai niat dan tujuan tertentu?

Perasaan ‘Islamophobia’ semakin memuncak pada sekitar tahun 2000an setelah berlakunya serangan ke atas bangunan World Trade Center di New York pada 11 September 2001.

Serangan itu didakwa dilakukan sekumpulan ‘pengganas’ yang dikaitkan dengan Islam walaupun tidak ada bukti yang kukuh tentang dakwaan itu.

Di Malaysia, kita masih bernasib baik kerana ‘Islamophobia’ tidak begitu ketara, jika pun ada, tidaklah mencapai tahap yang membimbangkan dan boleh mengancam keselamatan negara.

Barangkali kerana agama Islam menjadi agama rasmi di negara ini dan majoriti pemimpin pula terdiri daripada kalangan orang-orang Islam maka keamanan dapat terus dipelihara.

Islam secara syumul

Walaupun hukum hakam Islam tidak dilaksanakan dengan sepenuhnya tetapi usaha pihak tertentu untuk melaksana Islam secara syumul semakin kuat kedengaran.

Berbalik kepada ‘Islamophobia’ tadi, tidak dapat dinafikan bibit-bibitnya tetap wujud di kalangan non-Muslim di negara ini dan contoh yang paling relevan ialah penolakan pelaksanaan hukum hudud yang merupakan sebahagian dari syariat Islam.

Pelaksanaan hukum hudud kuat ditentang oleh dua tokoh veteran politik di negara ini, Presiden DAP Karpal Singh dan Presiden MCA Datuk Dr Chua Soi Lek.

Penentangan mereka ini lebih bersifat takut dan bimbang terhadap penghakisan kuasa politik jika mereka menyokong hudud, melebihi  kebaikan dan kesempurnaan undang-undang yang dicipta Allah SWT itu sendiri.

Bimbang akan semakin terhakisnya undi masyarakat non-Muslim terutamanya kepada parti-parti mereka melebihi kebimbangan yang terbit dari ‘Islamophobia’.

Percaturan mereka jika mereka menyokong pelaksanaan hudud maka mereka akan kehilangan undi non-Muslim dan ini akan berakhir dengan kehilangan kuasa politik.

Perasaan sebaliknya dirasai oleh para pemimpin PAS yang benar-benar ikhlas dalam perjuangan mereka.

Bagi pemimpin-pemimpin PAS yang bernafas dengan denyutan kerana Allah semata-mata, perjuangan untuk mendaulatkan hukum Islam lebih bersifat tanggungjawab atau obligasi bagi menunaikan perintah Allah, Tuhan yang mencipta manusia.

Hudud: Bagaimana harus dilaksanakan?

Persoalan hudud bukan lagi satu persoalan sama ada kita mahu melaksanakannya atau tidak tetapi bagaimana ia harus dilaksanakan.

Apabila Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata pelaksanaan hukum hudud adalah satu obligasi dan perlu dilaksanakan segera bermakna menurut perintah Allah adalah lebih utama dari undi.

Undi rakyat tidak lagi menjadi lebih penting daripada tanggungjawab melaksanakan perintah Allah dalam melaksanakan undang-undang Islam sebagaimana perintah Allah dalam bab solat, zakat, puasa dan haji.

Firman Allah dalam Surah Al Baqarah ayat 208 bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam dengan sepenuhnya dengan mematuhi segala hukum-hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan.

Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata”.

Bagi mereka yang memahami hakikat betapa perlunya Islam diambil dan dipraktikkan sepenuhnya dan bukan hanya sebahagian sahaja, kegagalan untuk melaksanakan segala syariat Islam bermakna Islam telah dipinggirkan.

Islam ‘dianiaya’ kerana Islam tidak didaulatkan.¬† Oleh sebab Islam itu tinggi maka ia harus diletakkan ditempat yang tinggi.¬† Lebih tinggi atau ‘supreme’ dari undang-undang ciptaan manusia.

Maka ‘Islamophobia’ boleh menjadi penghalang kepada masyarakat non-Muslim untuk memahami Islam dan pelaksanaan undang-undang Islam di negara ini, jika tidak ditangani dengan cermat dan berhati-hati.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments