Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Umno izin konsert aktivis LGBT sedunia

November 20, 2012

SURAT FMT: Dari Tulang Besi, melalui e-mel

Tanpa kita sedar, Elton John telah dibenarkan oleh kerajaan Umno untuk mengadakan konsert di Genting Highland pada Nov 22 ini.

Namun, sedar tak Elton John ini bukan hanya seorang artis tetapi seorang aktivis LGBT diperingkat antarabangsa. Beliau menjadi ikon serta salah satu tokoh terpenting gerakan LGBT Sedunia.

Mengikut Wikipedia: “On April 1, 2010, John joined Cyndi Lauper in the launch of her ‘Give a Damn’ campaign to bring a wider awareness of discrimination of the LGBT community as part of her True Colors Fund.

Terjemahan: “Pada April 1, 2010, ELton John bersama Cyndy Lauper melancarkan kempen ‘Give a Damn’ untuk memberi kesedaran umum berkaitan diskriminasi terhadap masyarakat LGBT…”

Namun, Umno dengan redha memberi kebenaran kepada Elton John mengadakan konsert beliau di Genting.

Setelah berlori-lori tuduhan kononnya Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat adalah pro kepada LGBT, namun mudah sahaja Umno membiarkan Elton John masuk ke Malaysia.

Mungkin Umno tak larat nak halang Elton John datang ke Genting Highland kerana Genting Highland ini kepunyaan mendiang Lim Goh Tong, tokeh judi terbesar di Malaysia.

Semua maklum betapa taatnya Umno kepada tokeh-tokeh judi ini.

Tak sabar Tulang Besi nak tunggu kumpulan2 seperti Perkasa dan JATI mewar-warkan isu ini. Ataupun Ibrahim Ali pun kecut untuk melawan tokeh judi Malaysia juga kerana beliau pernah makan gaji dengan tokeh judi bernama Vinsetan?


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments