Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

BN menghina Yang DiPertuan Agong

February 25, 2013

FMT LETTER: From Stephen Ng, melalui e-mel

Pelbagai suruhanjaya diraja telahpun ditubuhkan untuk menyiasat kes-kes yang mendapat perhatian ramai, tetapi apakah hasil daripada siasatan yang diadakan?

Pada pendapat saya, banyak masa terbuang begitu sahaja dalam penyiasatan, tetapi tidak ada tindakan untuk memperbaiki system kerajaan yang lemah. Ini adalah kerana Kerajaan BN terlalu angkuh sehingga tidak menghiraukan suruhanjaya diraja yang ditubuhkan oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.

Sesebuah suruhanjaya yang ditubuhkan di bawah Seri Paduka Baginda adalah jauh lebih tinggi daripada kerajaan yang sedia ada. Ini bermakna perdana menteri juga terpaksa berhadapan dengan suruhanjaya ini apabila diminta hadir sebagai saksi.

Apabila cadangan-cadangan serta lapuran diterima oleh Tuanku, maka cadangan-cadangan yang dibuat seharusnya diikuti dengan serta merta. Di sebaliknya, apa yang berlaku ialah lapuran suruhanjaya diraja “mati” begitu sahaja di bawah kerajaan BN.

Kita sudahpun lihat dalam tahun-tahun kebelakangan ini bahawa banyak cadangan-cadangan dibuat oleh suruhanjaya diraja tetapi tidak diikuti langsung:

Kes Duduk dalam Lokap: Dalam lapuran suruhanjaya diraja, ada dicadangkan ditubuhkan sebuah suruhanjaya untuk menyiasat polis. Walaupun ini untuk menjaga nama baik polis, namum Polis yang digelar Polis DiRaja Malaysia, menentangnya dengan hebat. Sebagai Perdana Menteri, Abdullah Badawi terlalu lemah untuk menubuhkan IPCMC seperti yang disyorkan oleh suruhanjaya diraja.

Kes Teoh Beng Hock: Dua anggota penyiasat MACC telah dipersalahkan oleh pihak suruhanjaya diraja, tetapi apakah tindakan yang diambil oleh Kerajaan BN sehingga kini?

Kes VK Lingam: Apakah tindakan diambil sehingga kini ke atas pihak bersalah dan apakah tindakan yang diambil untuk memperkukuhkan system kehakiman di negara ini?

Beberapa rakyat Malaysia telah mati di bawah kawalan polis dan selepas sahaja suruhanjaya diraja ditubuhkan dan memberi cadangan-cadangannya, masih lagi adalah kes kematian sehingga kini.

Dukacita disebutkan di sini, rakyat Malaysia bukan sahaja sudah kehilangan keyakinan terhadap system kehakiman, polis, malah juga Kerajaan BN dan suruhanjaya diraja yang ditubuhkannya, oleh kerana segala cadangan yang diberi oleh suruhanjaya tersebut tidak dibereskan oleh kerajaan.

Oleh kerana ini, kelihatan bahwa Kerajaan BN memang tidak menghiraukan suruhanjaya diraja malah menghina Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong yang menubuhkan suruhanjaya diraja tersebut.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments