Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Kisah Lahad Datu: Polis mati katak

April 6, 2013

SURAT FMT: Dari Stephen Ng, melalui e-mel

Seramai lebih 300 penceroboh Sulu telah memasuki perkarangan kampung di Lahad Datu tanpa dikesan oleh perisik militari mahupun polis cawangan khas. Ini adalah satu-satunya soalan yang dipertanyakan oleh orang awam, bagaimanakah kedaulatan negara ini boleh dicerobohi oleh orang asing tanpa ditangani oleh pihak keselamatan.

Walaupun pihak keselamatan dan perisik kita cukup terlatih, pada pendapat saya, mereka terlalu diperalatkan oleh Kerajaan BN untuk mendapat maklumat berkenaan parti pembangkang mahupun orang-orang awam, seperti S Ambiga yang tidak menjadi isu keselamatan.

Pada pendapat saya lagi, risikan terhadap parti pembangkang seharusnya diberhentikan dengan serta merta, terutama sekali apabila jelas kelihatan prioriti mereka bukan lagi difokuskan kepada keselamatan negara dari anasir-anasir luar.

Satu soalan yang dipertanyakan hari ini adalah kenapa pasukan komando polis yang diarah masuk ke kawasan perkampungan yang diduduki oleh pengganas-pengganas Sulu sehingga mereka mati katak ditembak dari pelbagai penjuru tanpa sebarang perlindungan yang sedia ada pada Tentera DiRaja Malaysia?

Komando polis memang terlatih, tetapi operasi mereka seharusnya terhad kepada insiden yang melibatkan hostaj, bukannya di kampung, kawasan belukar atau hutan yang diduduki oleh pengganas-pengganas Sulu tersebut.

Dalam lain kata, kita tidak mengarahkan komando polis masuk ke hutan untuk memerangi anasir komunis, tetapi tentera yang mempunyai pengalaman seharusnya diarah masuk untuk memerangi pengganas-pengganas Sulu.

Tentera DiRaja Malaysia dilengkapi dengan kenderaan berperisai, tetapi komando polis tidak cukup dilengkapi dengan alatan perlindungan. Pada pendapat saya, walaupun Yang Berhormat Ahli Parlimen Batu tidak menyebut kenyataan ‘mati katak’, komando polis kami yang ditembak memang mati katak saja. Tidak seharusnya mereka dihantar masuk untuk menanangi situasi luar bidang mereka.

Sebagai Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Tun Hussein seharusnya meminta bantuan Tentera dalam situasi seperti ini. Oleh kerana ini, beliau tidak seharusnya mempolitikkan insiden ini apabila melawat balu-balu anggota polis yang berani mempertahankan kedaulatan negara, walaupun, secara logiknya, ini seharusnya tugas tentera kerana kelengkapan mereka memadai situasi di Lahad Datu.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments