Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Ahmad Said: Bermula dan berakhir dengan kontroversi

 | May 13, 2014

Maka Razif tidak ada pilihan lain terpaksa menasihati tuanku untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri.

ANALYSIS

Datuk Seri Ahmad SaidPETALING JAYA: Selepas pilihanraya umum 2008 istana enggan menerima Datuk Seri Idris Jusoh yang mahu mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar (MB) Terengganu bagi penggal kedua.

Istana dikatakan menolak nama Idris Jusoh yang dihantar oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah). Maka tiba-tiba nama ADUN Kijal, Datuk Seri Ahmad Said dipilih oleh istana.

Kebetulan Ahmad Said adalah ketua Umno bahagian Kemaman dan ADUN yang paling senior. Tambahan pula beliau menerima sokongan penuh dari ketua-ketua bahagian yang digugurkan sebagai calon BN oleh Idris iaitu Datuk Tengku Putera Tengku Awang (Hulu Terengganu), Datuk Rahman Bakar (Marang), Datuk Nasir Ibrahim (Kuala Nerus), Datuk Mohd Jidin Shafie (Setiu) dan Datuk Rosli Mat Hassan (Dungun). Maka istana tidak ada pilihan lain terpaksa melantik Ahmad Said sebagai MB.

Bukannya senang Ahmad Said nak jadi MB. Beliau diberi amaran oleh Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor jangan terima watikah dari istana kerana parti sudah memilih Idris. Jika beliau degil, beliau akan dipecat dari Umno. Ketika itu majoriti ADUN menyokong Idris. Ahmad Said terpaksa berpindah randah dari hotel ke hotel sepanjang berada di Kuala Lumpur sementara menunggu isu itu reda demi keselamatannya kerana puak-puak Idris mahu menggagalkan supaya Ahmad Said tidak dapat angkat sumpah sebagai MB yang baharu.

Akhirnya Pak Lah terpaksa tunduk kepada kehendak istana dan menerima Ahmad Said sebagai MB Terengganu dan beliau angkat sumpah pada 23 Mac 2008.

Pelantikan Ahmad Said tidak diterima oleh majoriti ADUN yang menyokong Idris. Apa lagi mereka digugurkan sebagai calon pada PRU tahun 2013. Maka hasilnya BN menang 17 kerusi mengatasi PAS 15 kerusi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan kecewa dengan prestasi BN Terengganu pada PRU tersebut. Maka Najib suruh Ahmad Said balik dahulu dan datang kemudian ambil watikah untuk dilantik sebagai MB bagi penggal kedua.

Najib buat syarat boleh lantik semula Ahmad Said tetapi untuk setahun sahaja. Beliau angkat sumpah sebagai MB buat penggal kedua pada 9 Mei 2013.

Pagi semalam, 12 Mei 2014, Ahmad Said mengadap Najib dan minta tangguh seminggu letak jawatan sehingga selesai majlis perkahwinan anaknya di Kemaman pada 17 Mei. Najib enggan tunduk dan Ahmad letak jawatan sebagai MB.

Maka Najib menghantar Tengku Adnan ke Kuala Terengganu petang semalam untuk beri taklimat kepada semua ADUN BN. Mereka menerima pelantikan ADUN Seberang Takir, Datuk Razif Abdul Rahman sebagai MB yang baharu.

Malam tadi Razif angkat sumpah pada jam 9.20 malam di istana baharu di Bukit Chendering. Ahmad Said tidak hadir dan dua jam kemudian beliau email perletakan jawatannya dari parti sebagai Ketua Umno Bahagian Kemaman dan ahli Umno.

Ini adalah kali pertama dalam sejarah seorang MB meletakkan jawatan dari Umno selepas tidak dilantik semula sebagai MB. Yang memalukan ia berlaku satu hari selepas Umno menyambut ulang tahun ke 68.

Ahmad said mendakwa ramai lagi ADUN akan jadi ADUN Bebas selain dari ADUN Ajil, Ghazali Taib. Tindakan mereka berdua ini merupakan cabaran besar yang perlu digalas oleh Razif. Maka Razif tidak ada pilihan lain terpaksa menasihati tuanku untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri. Biar rakyat buat keputusan sama ada mereka mahu BN atau PAS memerintah Terengganu.

Sikap Ahmad Said mengkhianati Umno amat memalukan kerana beliau sering berucap supaya ahli setia kepada parti tetapi beliau yang tidak kenang budi Umno sanggup keluar dari Umno kerana kepentingan peribadi.

Sebenarnya apa yang berlaku pada hari ini sama dengan langkah yang mahu diambil oleh Ahmad Said pada tahun 2008. Jika Umno memecatnya dari jadi ahli Umno kerana menerima watikah sebagai MB baharu (sedangkan parti kekalkan Idris) maka beliau sebagai MB akan menasihati tuanku untuk membubarkan DUN. Pak Lah tak sanggup terima risiko itu. Maka Pak Lah terpaksa menerima Ahmad Said sebagai MB.

Siapa yang lebih ikhlas berjuang untuk Umno? Idris Jusoh selepas tidak menjadi MB tidak khianati Umno dan keluar dari Umno sebaliknya Ahmad Said sanggup khianati Umno. Sekarang rakyat baru tahu tembelang Ahmad Said.

Begitulah Ahmad Said. Dia tidak pernah menduga jadi MB. Dia naik secara kontroversi, dia turun sebagai MB penuh dengan kontroversi.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments