Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Pertukaran MB: Jangan salahkan Najib

 | May 14, 2014

Kenapa beliau tidak adakan majlis perkahwinan anaknya sebelum 9 Mei?

ANALYSIS

Ahmad SaidPETALING JAYA: Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata sepatutnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak gopoh menyelesaikan masalah peletakan jawatan bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said walaupun Ahmad Said berjanji dengan beliau untuk menjadi menteri besar untuk setahun sahaja.

Bagi saya, Najib tidak wajar dipersalahkan kerana Ahmad Said tahu beliau hanya menjadi menteri besar untuk satu tahun sahaja. Kenapa perlu tangguhkan peletakan jawatan sedangkan beliau tahu kontraknya berakhir pada 9 Mei 2014.

Kenapa majlis perkahwinan anaknya tidak diadakan sebelum 9 Mei 2014? Jadi alasan beliau keluar dari Umno adalah alasan peribadi. Tidak sepatutnya mengheret Umno dalam soal peribadi.

Walaupun para pengundi DUN Kijal tidak buat demontrasi di hadapan rumahnya di Teluk Kalong, Kemaman seperti mana para pengundi DUN Ajil, Ghazali Taib, tetapi tindakan Ahmad Said itu amat memalukan.

Astro Awani melaporkan keputusan Ahmad Said meletak jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu dan keluar daripada Umno disebabkan permintaannya untuk melepaskan jawatan tersebut selepas majlis perkahwinan anaknya pada 17 Mei ini ditolak.

Menurut Ahmad, beliau sudah membuat permohonan kepada Perdana Menteri untuk menangguhkan proses pertukaran Menteri Besar.

Bagaimanapun kata beliau, permohonannya itu ditolak atas alasan perkara tersebut bersifat peribadi.

“Takkanlah anak saya nak berkahwin dalam keadaan saya kena meletak jawatan? Sebab itu saya mohon agar proses itu ditangguhkan buat sementara waktu.

“Namun, saya diberitahu bahawa permohonan itu adalah perkara peribadi dan tidak boleh dicampur dengan urusan politik,” katanya.

Sebagai orang lama dalam Umno, sepatutnya Ahmad Said tidak mencampur adukkan kepentingan peribadi dengan kepentingan parti seperti kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

Bagi Hishamuddinn, bekas Menteri Besar Terengganu telah melakukan kesilapan apabila mengambil keputusan keluar daripada parti.

Beliau sepatutnya akur dengan surat yang telah ditandatanganinya sebelum ini, kata bekas Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu itu.

“Dalam konteks ini, saya menyeru kepada semua pihak agar rasional, bertindak bijak dan tidak mengambil keputusan melulu sehingga melangkaui kepentingan parti ketika berhadapan dengan insiden terbaharu ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Kalau betul tindakan Ahmad Said itu adalah kepentingan peribadi, kenapa beliau hasut ADUN lain keluar dari Umno? Anak sepupunya, Ghazali Taib yang juga ADUN Ajil secepat kilat keluar dari Umno.

Begitu juga ADUN Bukit Besi, Roslee Daud yang akahirnya menarik balik surat keluar dari Umno. ADUNKemasik, Ir Rosli Othman dan ADUN Permaisuri, Datuk Mat Jidin Shafie turut menafikan mengikut jejak langkah Ahmad Said.

Sepatutnya Ahmad Said meletakkan jawatan secara gentleman pada 9 Mei lalu tanpa menimbulkan sebarang kontroversi. Jika ia berlaku seperti ini, sudah tentu rakyat simpati apabila menghadiri majlis perkahwinan anaknya di Kemaman pada 17 Mei ini kerana Najib nampak tidak perihatin dengan wakil rakyatnya apatah lagi bekas menteri besarnya.

Apabila beliau buat begitu, para pengundi beliau sudah takut menghadiri majlis perkahwinan anaknya pada 17 Mei ini kerana beliau bukan lagi ADUN Umno.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin dikatakan sedang memujuk Ahmad Said kembali kepada Umno. Dalam suasana Umno lemah sekarang, Umno tidak mampu berpecah belah lagi ekoran tindakan Ahmad Said itu. Terpulang kepada Ahmad Said sama ada beliau mahu kembali kepada Umno atau tidak.

Kalau dia kekal sebagai ADUN Bebas, maknanya dia ada agenda selepas kecewa tidak jadi menteri besar lagi. Oleh itu para pengundi DUN Kijal yang akan jadi mangsa.

Pada pilihanraya umum 2018, jika berlaku pertandingan dua penjuru antara Ahmad Said (calon Bebas) dengan calon BN, Ahmad Said akan menang kerana jasanya di DUN Kijal amat besar. Tetapi jika PAS bertanding, maka calon PAS yang akan menang dalam pertandingan tiga penjuru itu.

Oleh itu pengaruh Ahmad Said di DUN Kijal tidak boleh dipandang kecil oleh pemangku Ketua Umno Bahagian Kemaman, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments