Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Kaedah pembelajaran mana yang lebih menarik?

June 16, 2016

Telah menjadi perdebatan hebat dalam kalangan pendidik dalam menentukan kelebihan diantara ‘pembelajaran berpusatkan guru' dengan 'pembelajaran berpusatkan pelajar’.

KOMEN

guru

Oleh Azizi Ahmad

Pendidik di sekolah maupun institusi pendidikan kini digalakkan menggunakan pelbagai cara, kaedah, pendekatan dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran. Apabila mengambil kira pendekatan untuk mengajar atau menjalankan kelas atau kuliah, pendidik sering akan mencuba kaedah yang terbaik dan paling bermanfaat untuk pelajar.

Mana-mana pendidik tentunya menginginkan pelajar menyukai dan berminat dengan proses pembelajaran, dan tidak ketinggalan mahukan kelas atau kuliah berjalan dengan baik dan terkawal. Dan ini telah menjadi perdebatan hebat dalam kalangan pendidik dalam menentukan kelebihan diantara ‘pembelajaran berpusatkan guru’ dengan ‘pembelajaran berpusatkan pelajar’.

Dalam kalangan pendidik sendiri tentunya mempunyai pandangan masing-masing dalam menentukan kaedah mana yang paling sesuai dan terbaik untuk digunakan. Kedua-dua pendekatan mempunyai kelebihan dan kekurangan dan terpulanglah kepada pendidik untuk memilih dan menggunakan pendekatan yang paling sesuai.

Bagi pembelajaran berpusatkan guru, pelajar tentunya diminta memberi tumpuan kepada apa yang disampaikan guru. Guru akan mengajar sambil pelajar akan mendengar apa yang disampaikan. Ketika aktiviti dijalankan, kebanyakan pelajar akan cuba menjawab secara persendirian dan proses kolaborasi tidak digalakkan.

Ketika proses pendidikan berpusatkan guru berlangsung, kelas akan kelihatan teratur. Pelajar akan menjalankan aktiviti dalam keadaan senyap, dan pendidik mengawal penuh aktiviti didalam kelas.

Oleh kerana pelajar belajar secara individu, mereka belajar untuk membuat keputusan sendiri dan lebih berkeyakinan. Oleh kerana guru memberi arahan tentang aktiviti yang dijalankan , pelajar tidak perlu bimbang samada mereka ketinggalan sebarang topik yang dibincangkan.

Namun, apabila pelajar menjalankan aktiviti secara individu, mereka tidak akan belajar berkolaborasi dengan rakan dan kemahiran berkomunikasi akan terjejas.

Pengajaran berpusatkan guru kerap akan membuat pelajar menjadi bosan, fikiran mereka akan terawang-awang dan kemungkinan tertinggal fakta-fakta penting.

Pengajaran berpusatkan guru dikatakan tidak membolehkan pelajar untuk memberi pendapat dan pandangan, menyoal dan mengurus pembelajaran kendiri.

Bagi pendidikan berpusatkan pelajar pula, pengajar dikatakan berkongsi tumpuan dan matlamat. Daripada hanya mendengar apa yang disampaikan guru, kedua-dua pihak dikatakan akan berinteraksi dengan baik. Kerja aktiviti berkumpulan adalah digalakkan dan pelajar akan berkolaborasi dan berkomunikasi di antara satu sama lain.

Pelajar akan mempelajari kemahiran berkomunikasi dan berkolaborasi melalui aktiviti kumpulan.

Pelajar dan pelajar akan belajar mengurus pembelajaran kendiri, menyoal dan menyiapkan tugasan dengan penuh keyakinan.

Pelajar akan menjadi lebih berminat terhadap aktiviti pembelajaran apabila mereka boleh berinteraksi diantara satu sama lain dan melibatkan diri secara aktif.

Namun, oleh kerana pelajar kerap berbincang dan bercakap, kelas akan menjadi bising, kelihatan sebuk dan kelam kabut.

Pendidik atau guru hendaklah berupaya mengawal dan mengurus semua aktiviti serentak, yang mana tentunya akan menjadi sukar memandangkan pelajar sedang menyiapkan aktiviti pada kadar dan had yang tidak sama bagi aktiviti yang sama.

Oleh kerana, guru tidak memberikan arahan kepada pelajar secara serentak, kemungkinan ada pelajar akan tertinggal fakta yang penting.

Pelajar juga berkemungkinan akan bekerja secara sendirian, dan ini akan menyebabkan aktiviti kumpulan akan menjadi bermasalah.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ramai pendidik telah menggunakan pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar kerana diminta dan diarah berbuat demikian. Namun begitu, ramai juga pelajar mahukan pendekatan pengajaran berpusatkan guru dikekalkan oleh kerana ia dikatakan strategi yang lebih berkesan.

Dalam kebanyakan hal, adalah baiknya guru maupun pendidik mengunakan kombinasi kedua-dua pendekatan bagi memastikan kehendak pelajar dipenuhi.

Apabila kedua-dua pendekatan diguna pakai, pelajar dan pelajar boleh bergembira dan menghayati kedua-dua jenis pendekatan yang positif. Dari menjadi bosan dengan pendekatan pendidikan berpusatkan guru atau kehilangan tumpuan atau matlamat arahan dengan pendidikan berpusatkan pelajar, pelajar akan dapat memanfaatkan persekitaran pendidikan yang seimbang.

Azizi Ahmad adalah seorang pendidik

Di atas kepercayaan kebebasan bersuara tanpa wasangka, FMT cuba untuk berkongsi pandangan dengan pihak ketiga. Artikel yang disiarkan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mempunyai kaitan dengan FMT


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments