Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Masalah mengasingkan lelaki dan wanita

 | January 5, 2017

Tetapi ada juga wanita yang mahukan sebaliknya dan duduk dengan orang yang tidak dikenali supaya mereka boleh berbual dan berkenalan.

KOMEN

Lelaki-wanita-asingKali pertama saya menghadiri perkahwinan masyarakat berketurunan Pakistan di Birmingham, United Kingdom, saya terkejut.

Bukan kerana makanan beraneka jenis dalam kuantiti melimpah atau barang perhiasan hantaran yang sangat mewah.

Saya terkejut kerana buat pertama kali dalam majlis perkahwinan, saya melihat tetamu lelaki dan wanita diasingkan. Setiba di dewan majlis, saya disuruh duduk di ruang lelaki. Rakan wanita yang mengikuti rombongan kami juga terkilan apabila mereka diiringi ke arah tempat duduk khas untuk wanita. Lebih-lebih lagi mereka rakyat Britain tempatan yang mungkin tidak pernah menghadapi segregasi jantina sebelum itu.

Sejak itu, saya menghadiri beberapa lagi majlis perkahwinan orang Islam dari Pakistan, Bangladesh dan Somalia. Namun begitu, tiada segregasi jantina berlaku. Tetamu duduk di meja besar bersama rombongan masing-masing. Inilah kepelbagaian budaya.

Dalam satu kumpulan etnik pun, ada variasi dalam cara mengendalikan sesuatu majlis.

Minggu lepas, saya baca berita sebuah syarikat bas membenarkan dasar lelaki dan wanita tidak muhrim duduk berasingan, dengan alasan memastikan keselamatan penumpang wanita.

Salah seorang pengurus syarikat itu berkata ini kerana wanita sering mengadu tentang gangguan seksual daripada lelaki tidak dikenali. Bukan itu sahaja, ada juga pasangan yang melakukan perbuatan tidak senonoh ketika dalam perjalanan bas, dan ini memberikan idea kepadanya dan suami memperkenalkan dasar itu.

Syarikat itu berkata penumpang diberitahu mengenai dasar ini, dan sekiranya pasangan yang belum berkahwin berkeras juga untuk duduk sama-sama, mereka ditempatkan di hadapan di mana “aktiviti” mereka boleh dipantau.

Adakah dasar ini sesuai dengan situasi di Malaysia?

Ia isu yang rumit, memerlukan fikiran mendalam. Budaya rakyat Malaysia yang berbilang budaya dan agama lebih merumitkan persoalan ini daripada negara yang mempunyai hanya satu kaum dan agama.

Mungkin ada yang akan tersentap apabila diberitahu mereka tidak boleh duduk bersama pasangan mereka. Mungkin juga ada yang tidak boleh menerima duduk berdekatan ataupun dalam bas sama dengan orang-orang yang berpacaran!

Benar, wanita selalu menjadi mangsa gangguan seksual. Bukan saja bas ekspres, tetapi juga bas awam, teksi dan LRT. Ada sahaja peluang, pasti ada lelaki yang tidak memahami batas pergaulan. Bas ekspress adalah tempat yang cukup sesuai untuk orang-orang sebegini kerana dalam perjalanan bas ekspress, penumpang akan bersantai dan tidak mengawasi persekitaran mereka.

Saya menyokong dasar melindungi penumpang wanita daripada trauma sebegini. Sepatutnya, wanita-wanita yang bersendirian diberi keutamaan tertinggi dalam penempatan tempat duduk jika mereka meminta.

Tetapi adakah wanita sahaja yang menjadi mangsa? Sebenarnya tidak. Dalam laporan gangguan seksual dan juga berkaitan dengan rogol, lelaki juga menjadi mangsa, selalunya lelaki muda.

Walaupun kebanyakan orang mengaitkan fenomena ini dengan aktiviti homoseksual, sebenarya gangguan seksual terhadap lelaki turut berlaku ke atas lelaki bukan homoseksual. Ia berlaku kerana pengganggu mempunyai masalah psikologi yang boleh dikategorikan sebagai “psychopathy” atau gila kuasa.

Lelaki pun boleh menjadi mangsa. Jadi, adakah berkesan mewujudkan dasar segregasi jantina sahaja? Mungkin tidak. Pengganggu seksual mencari mangsa dari kedua-dua gender.

Bagaimana pula wanita yang mahu bersembang dengan lelaki atau orang yang tidak mereka kenali?

Adakala pengembara wanita seperti dari Eropah datang untuk mengenali budaya kita. Mereka mungkin memilih menaiki bas ekspress dan duduk berbual dan berkenalan. Adakah salah mereka berbuat demikian? Mestikah mereka berkahwin (mungkin kahwin mut’ah!) jika mereka mahu duduk bersebelahan?

Dasar yang diamalkan syarikat bas ekspres berkenaaan tidak sesuai dalam semua kes. Ya, mungkin ada wanita yang bimbang gangguan seksual dan jika mereka mahu, patut diberi keutamaan supaya duduk dengan wanita lain.

Tetapi ada juga wanita yang mahukan sebaliknya – duduk dengan orang yang tidak dikenali supaya mereka boleh berbual dan berkenalan. Apakah polisi kepada orang-orang sebegini?

Bagaimana pula dengan pasangan berkahwin (dan membuktikan status mereka dengan sijil) dan berkelakuan sama seperti pasangan tidak berkahwin yang tidak direstui syarikat bas itu? Adakah tindakan sebegini halal pula?

Sama ada pasangan itu sudah berkahwin atau tidak, sudah tentu tindakan mereka akan membuat sebahagian penumpang merasa kekok.

Sebenarnya, masalah ini tidak boleh diselesaikan dengan mudah. Sijil perkahwinan pun tidak cukup. Kita mesti mengambil kira budaya dan juga mengamalkan dasar yang mementingkan pilihan


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments