Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Tak payah beri pilihan, laksana saja DLP

 | January 7, 2017

Kebanyakan ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah vernakular mengakui menyokong DLP kerana ia membantu pelajar pada peringkat sekolah menengah dan IPT.

KOMEN

sekolah_dlp_600

Pada hari pertama sesi sekolah bermula, kami ibu bapa diberi sehelai borang yang siap bertaip.

Ibu bapa hanya perlu mengisi sama ada bersetuju atau tidak untuk mempraktiskan Program Dwi-Bahasa (DLP) bagi murid tahun 1 sesi ini.

Persoalannya, mengapa perlu buat borang? Bila sudah diberi peluang memilih, pasti ada yang nak, tak nak dan “undi rosak”.

Berapa lama sekolah akan bertikam lidah dengan geng “setuju” dan “tidak setuju”?

Sebagai ibu bapa yang peka dengan masa depan anak dan keperluan bahasa Inggeris/Melayu dalam sistem pendidikan negara dan dunia, saya sokong DLP.

Namun, ada saja pihak luar yang tampil atas nama pertubuhan bukan kerajaan (NGO), mengelirukan ibu bapa khususnya sekolah vernakular supaya tidak menyokong inisiatif itu. Kononnya ia akan menghapuskan bahasa ibunda masing-masing.

Entah-entah NGO dan pihak yang membantah (termasuk ahli politik) DLP di bawah payung persatuan bahasa atau budaya, anak mereka langsung tidak belajar di sekolah vernakular atau sedang menuntut di sekolah swasta/antarabangsa.

Mungkin mereka yang memperjuangkan elemen bahasa ibunda itu sendiri, anak di rumah hanya tahu “speaking”. Jadi, lebih baik diam!

Kebanyakan ibu bapa yang ditemui di sekolah vernakular anak saya mengakui menyokong DLP kerana ia bakal membantu pelajar menembusi pendidikan menengah dan kolej atau universiti dengan mudah.

“Saya produk sekolah Tamil. Tahukah betapa susahnya saya mengadaptasi diri untuk belajar semula istilah sains dan matematik di sekolah menengah menggunakan medium Melayu?

“Berbeza di kolej, saya kena belajar bahasa Inggeris pula. Ini kelemahan sistem pendidikan kita. Mata pelajaran tidak berkaitan bahasa harus diselaraskan. Ikut sahaja satu bahasa yang akan digunakan secara global, ok English!” kata Khirtiga K yang juga berharap khabar angin bahasa ibunda akan pupus tidak benar.

Seorang lagi rakan yang merupakan tenaga pengajar di sebuah kolej di Johor, hanya mahu dikenali sebagai Vasa berkata, pengunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Matematik dan Sains serta pelajaran berkaitan akan lebih mengukuhkan kapasiti pembelajaran murid.

Katanya, penggunaan bahasa global itu dalam Matematik dan Sains, sama sekali tiada kena-mengena dengan survival bahasa ibunda.

Justeru, kami minta para guru bersedia dengan ilmu bahasa Inggeris bagi mata pelajaran tersebut kerana anda pula akan menjadi sasaran seterusnya jika tidak cukup bekalan ilmu bahasa dunia itu.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments