Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Kebisuan puak ‘Erdogan’ di Malaysia

 | May 16, 2017

Sikap membisu kumpulan 'Erdogan' di Malaysia menunjukkan kelompok Islamis yang menunggang label 'sederhana' pun tidak boleh diharapkan.

COMMENT

erdogan-malaysia3Pengaruh Turki di negara ini boleh dikesan sejak dari zaman empayar Uthmaniyah lagi.

Malah, pengaruh Turki dalam politik global sangat meluas. Istilah Kaum Muda, asalnya merujuk kepada pendokong islah radikal dalam empayar Turki pada awal abad ke-20, digunakan untuk menggambarkan pelbagai gerakan reformasi tempatan dari Thailand hingga ke Amerika Syarikat.

Dalam 2 dekad ini, kejatuhan elit tentera Turki yang sekian lama memerintah negara Eropah itu atas nama sekularisme dengan harapan ia akan dapat diterima bekas musuh Perang Salib dulu, dijulang sebagai sebuah kisah kejayaan politik moden.

Kejayaan islah di Turki itu sebahagian besarnya kerana peranan Parti Kebajikan (RP) di bawah Necmettin Erbakan. RP kemudian diolah semula sebaga Parti Keadilan dan Kebajikan (AKP) di bawah Recep Tayyib Erdogan.

Ia ternyata menawan hati kebanyakan warga Turki melalui penekanan kepada kebajikan, ketika gerakan politik Islam di negara lain masih memilih mencampur adukkan agama dan politik.

Eksperimen politik yang berjaya di Turki menjadikannya model pilihan untuk dunia Islam memerangi rasuah dan tadbir urus yang baik. Negara Islam yang rata-rata beraliran Sunnah antaranya merasakan ia sesuatu untuk diteladani, terutamanya apabila ramai merasa sukar mengulangi model revolusi Iran yang sarat dengan prinsip aliran Syiah.

Di Malaysia, “Erdogan” merupakan nama diberi kepada sekumpulan ahli politik yang bersuara atas platform Islam progresif, kesederhanaan, dialog dan komitmen kepada proses peti undi.

Ia menjadi label yang menjadi kebanggaan, biarpun kebelakangan ini nama Erdogan itu semakin luntur dengan perjuangan yang dikaitkan dengannya.

Hari ini, AKP barangkali parti pemerintah paling kuat dalam sejarah Turki moden, memenangi majoriti bergaya dalam setiap pilihan raya.

Tetapi sejarah menunjukkan sokongan kuat sebegitu selalu membawa kepada kuasa mutlak. Rakyat Malaysia sudah lama maklum apa yang berlaku dengan kuasa mutlak di tangan.

Dalam hal Turki, ia menyebabkan Erdogan menganggap dirinya seolah-olah khalifah moden. Meskipun begitu, beliau sekadar mampu meraih kira-kira 50% sokongan sahaja dalam pungutan suara April lepas untuk pindaan perlembagaan, yang bercadang memberikan presiden kuasa meluas, termasuk memecat para hakim, mengisytiharkan darurat, di samping melupuskan jawatan perdana menteri.

Tindakan terbaharu kerajaan Erdogan hanya sebahagian daripada ini. Benar, gerakan Gulen yang dituduh Erdogan menyokong rampasan tentera tahun lepas tidak memberikan keyakinan kepada warga Turki kebanyakan.

Namun, obsesi Erdogan melunaskan dendam hanya menunjukkan beliau sudah hilang pertimbangan dalam lapangan demokrasi yang beliau sendiri satu masa dulu suburkan.

Sementara itu, kebisuan mereka yang bergelar “Erdogan” di Malaysia, tampak mengheningkan. Apakah kumpulan inni masih di masa lalu, merasakan tiada apa yang berubah?

Tidak dinafikan, Erdogan – seperti mana seorang doktor perubatan yang suatu ketika pernah memerintah Malaysia – masih akan menjadi pilihan majoriti rakyat Turki seandainya pilihan raya diadakan hari ini.

Tetapi itu bukan alasan untuk ahli politik yang memakai label itu berdiam diri sambil melihat apa yang sedang berlaku di Turki, di mana ribuan ditangkap, media ditekan, dan puluhan ribu kakitangan awam hilang pekerjaan kerana dituduh bersimpati dengan Gulen.

Dalam kekecohan yang timbul selepas pihak berkuasa Malaysia menghantar pulang 3 warga Turki dalam keadaan yang mencurigakan, di mana pula suara kumpulan “Erdogan”?

Jika mereka terus membisu, bukankah itu menandakan yang rakyat tidak boleh meletakkan harapan tinggi terhadap golongan Islamis ini, biarpun yang berlabel “sederhana”?

Paling tidak, mereka sepatutnya sudah mencampak keluar label Erdogan.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments