Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Inilah kesudahan saman DoJ

 | June 18, 2017

DoJ berharap mereka yang tertuduh dalalm dokumen 250 muka surat itu akan mendedahkan dalang sebenar sebagai syarat rundingan. Siapa di pangkalnya?

KOMEN

saman-dojPakatan Harapan perlu berterima kasih kepada Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ).

Minggu lalu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berjanji barisan kepimpinan PH akan diumum minggu ini, namun ia gagal dilakukan kerana isu ini masih tergantung.

Tapi atas ledakan yang dilakukan DoJ, mata media kini terus beralih semula kepada skandal 1MDB.

Minggu lalu, DoJ sekali lagi memfailkan permohonan merampas aset yang didakwa diperolehi menerusi dana yang diseleweng daripada 1MDB, antaranya lukisan, kapal layar dan barang kemas.

Melalui satu dokumen setebal 251 mukasurat, terdapat tuduhan sebanyak 27 barang kemas telah dihadiahkan kepada isteri “Malaysian Official 1” (MO1) berjumlah AS$1.3 juta (RM5.5 juta) daripada taikun kelahiran Pulau Pinang, Low Taek Jho, yang hilang daripada peta dunia.

Apa taktik DoJ sebenarnya? Kes sivil yang difailkan tahun lepas tidak menunjukkan sebarang kemajuan. Apakah ada kelainan dalam kes sivil terbaru ini selain untuk mendedahkan dalang dan plot bagaimana duit 1MDB dipusing-pusing dan berakhir di tangan-tangan yang tidak sepatutnya?

Pada pendapat saya, DoJ sebenarnya cuba meletihkan mereka yang dituduh. Mereka yang dituduh atau dinamakan sebagai penerima hadiah hasil daripada wang haram, bagaikan hidup dengan leher terjerat selepas ini.

Pertama, DoJ mengharapkan reaksi daripada mereka mempunyai nama yang baik seperti Leonardo DiCarprio dan Mirinda Kerr untuk menjauhkan diri daripada sebarang hasil curian.

Contohnya, DiCarprio memulangkan hadiah Oscar dan hadiah lain kepada DoJ. Dipercayai Miranda juga akan melakukan perkara sama kerana adalah tidak berbaloi untuk nama mereka terus diungkit bersama skandal 1MDB kerana ia akan menjejaskan kerjaya mereka.

Kedua, DoJ berharap mereka yang dinamakan akan disisihkan daripada dunia mereka. Tiada siapa yang mahu lagi berurusan dengan mereka, secara bisnes mahupun peribadi kerana tidak mahu terpalit. Mereka disisih bagai kucing kurap sehingga kehidupan seharian mereka terjejas.

Diharap dengan tekanan ini, DoJ berharap mereka yang tertuduh ini akan mendedahkan dalang sebenar sebagai syarat rundingan untuk mendapatkan kebebasan mereka kembali.

Semalam, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata nasib kes DoJ kini bergantung pada kesetiaan Jho Low.

Saya cukup bersetuju dengan pandangan ini.

Tidak mustahil Jho Low akan ditawar satu jalan keluar dengan syarat dia tampil ke depan untuk menjelaskan segalanya mengenai skandal 1MDB.

Dan saya percaya itulah taktik yang sedang dipasang DoJ. Taktik itu mula menampakkan kesan apabila DiCaprio sudah pun memulakan langkah menjarakkan diri daripada segala hadiah yang dikaitkan dengan duit 1MDB.

Banyak lagi selepas ini akan mengikut jejak Dicaprio.

Akhirnya tinggal Jho Low seorang, dan ketika itu kesetiaannya, saya pasti, ada harga yang dapat menyainginya yang bakal menggegarkan Malaysia.

Di atas kepercayaan kebebasan bersuara tanpa wasangka, FMT cuba untuk berkongsi pandangan dengan pihak ketiga. Artikel yang disiarkan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mempunyai kaitan dengan FMT.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments