Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Bertaruh semula masa depan bersama Dr Mahathir

 | July 16, 2017

Namun begitu, ada yang masih menilai Dr Mahathir dengan harga yang sangat tinggi sehingga sanggup membayar masa depan mereka dengan memberikan kerusi pengerusi kepada beliau.

KOMEN

mahathir“Saya U-turn apabila Najib sendiri U-turn terhadap UMNO.” – Tun Dr Mahathir Mohamad, 13 Julai 2017.

Kenyataan Dr Mahathir di atas sama mudaratnya dengan kenyataan Perdana Menteri Lee Hsien Loong di parlimen Singapura pada 3 Julai 2017 di mana beliau menyatakan keengganannya untuk menyaman dan bertindak terhadap tuduhan oleh adik-beradiknya kerana ia akan merosakkan nama ibu bapanya.

Kenyataan Hsien Loong telah menimbulkan pelbagai reaksi negatif rakyat Singapura. Pertama, kenyataan itu mendedahkan bahawa perdana menteri Singapura itu tidak mampu bertindak secara adil. Kedua, ia juga mendedahkan nama baik Singapura tidak sepenting nama bapanya. Tindakan Hsien Loong itu telah menjejaskan nama baik Singapura setaraf dengan kerosakan yang dilakukan oleh tuduhan adiknya.

Bagaimana pula dengan kenyataan Dr Mahathir?

Kenyataan Dr Mahathir mendedahkan bahawa U-turnnya untuk bersama Pakatan Harapan untuk menumbangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bukanlah U-turn beliau yang terakhir.

Banyak lagi U-turn yang akan dibuat beliau berdasarkan situasi. Pelbagai U-turn telah dilakukan beliau untuk mengumpulkan semua kekuatan untuk menjatuhkan Najib setelah beliau gagal melakukan demikian melalui Umno.

Persoalan terbesar sekarang ialah seandainya Najib dapat digulingkan, apakah Dr Mahathir akan melakukan U-turn terhadap rakyat dan Pakatan Harapan yang menyokongnya?

Melihat sayangnya Dr Mahathir terhadap projek manjanya Proton, sukar untuk dibayangkan Dr Mahathir sanggup membiarkan Umno Baru yang dipimpinnya tenggelam jika Najib berjaya dijatuhkan. Sayang Dr Mahathir terhadap Proton boleh dikatakan setaraf sayangnya terhadap Umno Baru.

Yang dimarahi oleh Dr Mahathir ialah Umno yang dipimpin Najib sahaja. Apakah Dr Mahathir akan marah pada Umno yang dipimpin Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ataupun Datuk Seri Hishamuddin Hussein? Tiada siapa yang tahu.

Impak yang dibawa Dr Mahathir ke Pakatan Harapan setakat ini masih tidak dirasai. Yang dijual hanya nama Dr Mahathir dan nilai berita yang melibatkan nama Dr Mahathir.

Kehadiran Dr Mahathir di Bersih 4 dan 5 hanya ada pada nilai berita dan tidak pada jumlah hadiran. Sokongan Dr Mahathir kepada calon-calon Pakatan Harapan dalam pilihan raya kecil Sg Besar dan Kuala Kangsar juga tidak membawa apa-apa impak, bahkan undi popular PAS mengatasi Pakatan Harapan jika jumlah undi antara 2 pilihan raya kecil itu dijumlahkan.

Bagaimana pula dengan pengaruh Dr Mahathir terhadap Umno? Ini semakin mirip ramalan-ramalan politikus bahawa PAS akan lumpuh dengan penubuhan Amanah oleh bekas-bekas pimpinan PAS.

Tanpa Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Shafie Apdal, Umno dan Najib tidak sedikitpun tergoyang seperti goyangnya Tun Abdullah Badawi 1 ketika dulu.

Namun begitu, ada yang masih menilai Dr Mahathir dengan harga yang sangat tinggi sehingga sanggup membayar masa depan mereka dengan memberikan kerusi pengerusi kepada beliau.

Itu hak masing-masing. Cuma ingatlah pepatah Cina ini “Yuan Du Fu Shu” – kalau sudi bertaruh, kenalah juga sanggup menerima kekalahan.

Di atas kepercayaan kebebasan bersuara tanpa wasangka, FMT cuba untuk berkongsi pandangan dengan pihak ketiga. Artikel yang disiarkan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mempunyai kaitan dengan FMT.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments