Ustaz dakwa miliki rambut Rasulullah dikecam

ustaz,rambut

PETALING JAYA: Seorang ustaz dikecam dalam media sosial selepas memuat naik gambar yang mendakwa sebahagian kecil potongan dari rambut Nabi Muhammad S.A.W.

Abu Syafiq memuat naik gambar di laman Facebooknya pada 22 Jun lalu, turut mendakwa dia memiliki dan telah memakai sebahagian kecil potongan dari rambut Rasulullah.

“Gambar ada sebahagian kecil potongan dari rambut Rasulullah yg dipakai hamba..alhamdulillah…sollu ala Rasulillah,” tulisnya di Facebook.

Tindakan Abu Syafiq itu telah dikecam oleh pengguna Facebook antaranya pengguna Muhamad Harris Nasril yang menyindir rambut nabi itu seperti bulu hidungnya.

“mcam bulu idong aku ja. ahhaha,” tulisnya.

Kesahihannya turut dipersoalkan, Syamboytudm Syam turut menyatakan tidak berjumpa sebarang hadis Rasulullah mengenai penyimpanan rambut nabi.

“Xde jumpa Hadis Rasulullah SAW bgtau, bila aku wafat, ambil [email protected]@kening utk simpan ke gantung ke… Sekian. Tolong tego kalo aku salah, masih belajar,” katanya.

Bukan itu sahaja, bagi Nasri An-Nasr, dia menyatakan “Nabi S.A.W pesan…Aku Tinggalkan kepda kamu 2 perkara Al-Quran dan Sunnah,” katanya.