Jamil Khir nafi dua pegawai kanan YaPEIM diarah bercuti

yapeimKUALA LUMPUR: Laporan mengenai dua pegawai kanan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) diarah bercuti sementara siasatan terhadap yayasan itu dilakukan adalah palsu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengesahkan, tiada pegawai YaPEIM direhatkan buat masa ini.

“Itu keputusan belum ada lagi, berita itu tidak benar (laporan dua pegawai kanan direhatkan).

“Tak ada (keputusan merehatkan pegawai),” katanya dalam satu sidang media selepas merasmikan Persidangan Fiqh Zakat Antarabangsa 2015 di Hotel Sunway Putra.

Jamil khir berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan berita sebuah portal dan stesen televisyen TV3  sebelum ini apabila melaporkan dua pegawai kanan yayasan berkenaan direhatkan selepas satu mesyuarat yang dihadirinya.

Menyentuh mengenai dakwaan penyelewengan dana yayasan itu, Jamil Khir enggan mengulas dan menjelaskan akan menjawab sebarang soalan berkenaan ketika di mahkamah nanti.

“Saya nak kena jawab dalam mahkamah nanti..saya tak nak nanti dia jadi bercampur.

“Sumbangan caruman, 3000 tarik diri…Kita jawab di mahkamah nanti..terima kasih,” ujarnya.