Memetik agensi berita AFP, Kementerian Luar Negeri Singapura telah memanggil Duta Israel selepas laporan polis dibuat terhadap insiden itu pada Ahad lalu.
“Kedutaan Israel di Singapura terkejut apabila mendapat tahu kelakuan biadap yang ditunjukkan salah seorang kakitangannya dan ingin memohon maaf,” kata Kedutaan Israel dalam satu kenyataan.
Kenyataan itu juga memaklumkan Ketua Pengarah Kementerian Luar Israel telah mengarahkan agar tindakan tegas diambil terhadap kakitangan itu.
“Penyalahgunaan bendera negara adalah kesalahan serius dan mengalu-alukan permohonan maaf dan jaminan Kedutaan bahawa kakitangan tersebut akan dikenakan tindakan.
“Sesiapa sahaja, termasuk diplomat dan warga asing di Singapura, perlu menghormati dan mematuhi peraturan dan undang-undang di negara kami,” kata Kementerian Luar Singapura.
Kenyataan yang dikeluarkan kedua-dua pihak tidak memberi maklumat lanjut mengenai insiden itu, tetapi media tempatan mendakwa ia merujuk kepada penggunaan bendera Singapura sebagai alas meja ketika sebuah parti yang dianjurkan kakitangan tersebut di kondominiumnya.
