
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata,kesemua dokumen tersebut telah diserahkan pihak Jabatan Peguam peguam Thailand semalam.
Katanya, dokumen itu akan diserahkan kepada polis untuk siasatan selepas Jabatan Peguam Negara selesai membuat semakan.
“Segala dokumen yang kita mahu daripada pihak Thailand dan butir percakapan pelbagai dokumen termasuk transkrip Justo bagi pada Claire Brown telah dihantar Jabatan Peguam Thailand kepada Jabatan Peguam Negara Malaysia semalam
“Dan kita menunggu dokumen tersebut disemak dan saya percaya akan diberikan kepada pihak kita untuk siasatan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Pemakaian Pangkat JIPS di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman pada Khamis.
Oktober lalu sepasukan pegawai polis dari Bukit Aman ke Thailand untuk berjumpa dan merekod keterangan dari Justo berhubung siasatan terhadap 1MDB.