Norman Hakim sambut hari lahir bersama Rajinikanth

rajinikanth

PETALING JAYA: Selebriti tempatan, Norman Hakim menyambut ulang tahun kelahirannya di India bersama pelakon nombor satu negara itu, ‘Superstar’ Rajinikanth.

Sekeping gambar dia bersalam dengan Rajinikanth dimuat naik dalam laman sosial Instagram milik Norman mula dikongsi dalam laman sosial lain termasuk Facebook, khususnya oleh peminat filem Tamil dan peminat Rajinikanth.

Norman yang dipercayai berlakon sebuah filem Tamil, Kabali bersama Rajinikanth, yang mana pernah mengadakan penggambaran di Malaysia.

“(Diterjemah) Bila saya perkenalkan diri, “Hello Sir, saya Norman Hakim dari Malaysia,” beliau bangun berdiri dan memegang tangan saya bersalam dan berkata, “Hi Norman, saya berada di sana (Malaysia) baru-baru ini” dan saya terus menanyakan, “Boleh saya berselfie dengan Sir untuk disimpan sebagai satu kenangan manis pada hari lahir saya ini”, beliau membalas, “Happy Birthday boy, come.”

Norman turut mengucapkan terima kasih kerana membolehkannya memahami situasi sebenar seorang peminat yang ingin mengambil selfie dengan seorang selebriti diikuti dengan hashtag #Rajinikanth #Thalaivar.

Kabali merupakan sebuah filem mengenai kehidupan sebenar kumpulan penjenayah (Don) di India arahan P Ranjith yang turut dilakonkan oleh Datuk Rosyam Nor selain Norman.

Rajinikanth memegang watak Don yang dikenali sebagai Kabaliswaran, berusia lewat 50-an berlatarkan dua negara iaiatu India dan Malaysia.