Pendidikan dipolitik: Tun Razak pasti tidak tenang

RAFIDAH-RAZAK

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Kedua, Allayarham Tun Abdul Razak pasti meninggal dalam keadaan tidak tenang jika melihat sistem pendidikan dalam negara pada hari ini.

Ini kerana, kata bekas Menteri Kabinet, Tan Sri Rafidah Aziz isu pendidikan telah dipolitikkan sama seperti isu perkauman dan keagamaan sehingga menyebabkan perpecahan dalam kalangan rakyat.

“Saya selalu katakan, Tun Abdul Razak tidak tenang jika tahu apa berlaku dalam negara setakat ini.

“Dia (Abdul Razak) tidak menyangka pendidikan kini hanya ditafsirkan sebagai bahasa Melayu dan meminggirkan bahasa lain,” tegasnya ketika berucap di Majlis Memperingati Pemergian Tun Abdul Razak ke-40 di sini, hari ini.

Rafidah berkata, ketika zaman penjajahan British, bahasa Inggeris menjadi bahasa harian manakala bahasa Melayu pula menjadi bahasa terbaik untuk berkomunikasi ketika itu.