TERKINI: Tiada rakyat Malaysia terlibat pengeboman Jakarta

letupan-kajarta

PETALING JAYA : Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dengan kejadian letupan bom di Jakarta yang berlaku hari ini.

Kementerian Luar menerusi kenyataannya berkata, situasi terkini itu juga sedang dipantau rapi oleh Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.

“Warga Malaysia yang bermastautin atau pun yang melawat Jakarta dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan mematuhi sebarang arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan,” katanya.

Menurutnya, Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta boleh dihubungi menerusi Jalan HR Rasuna Said, Mukim HR Rasuna Said, Mukin X / 6, No 1-3 Kuningan, Jakarta Selatan 12950, Republik Indonesia.

Katanya, antara saluran lain adalah melalui email [email protected] atau boleh menghubungi 0062 21 5224 947.

Menerusi kenyataan itu juga, Kerajaan Malaysia turut merakamkan simpati dan takziah kepada kerajaan dan rakyat Republik Indonesia atas kejadian terbabit.

AFP melaporkan, beberapa siri letupan bom kedengaran di Jakarta, Indonesia pagi ini, membunuh sekurang-kurangnya enam orang termasuk tiga anggota polis.

‎Menurut AFP, tiga mayat dilihat terbaring di jalan besar di ibu kota itu selepas letupan.