Tun Razak larang Najib terlibat politik

najib-razak,razak-hussien

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan bapanya, Perdana Menteri Kedua Malaysia, Tun Abdul Razak pernah melarang beliau daripada terlibat dalam kancah politik.

Najib berkata, ayahnya meminta agar beliau menceburi dunia korporat.

“Ayah saya tidak menggalakkan saya menjadi ahli politik sebaliknya dia mahukan saya menjadi akauntan dan barulah menyertai dunia politik.

“Dahulu, dia berfikir saya terlalu senyap dan introvert untuk terlibat dalam politik,” ujarnya sewaktu berucap di di Majlis Memperingati Tun Abdul Razak, di sini, hari ini.

Pada waktu itu, Najib berkata, dia hanya berumur 22 tahun dan tidak yakin jika dia bersedia menggantikan tempat Abdul Razak.

Najib berkata, Abdul Razak pernah mengembara purata 60,000 batu setahun secara peribadi untuk memeriksa projek dan memastikan sasaran dipenuhi.

“Dia tahu setiap pegawai daerah dalam negara malah mengenali kebanyakan penghulu di mukim,” katanya.