AMANAH kena `boo’ dalam Perhimpunan Bantah TPPA

amanah

PETALING JAYA: Parti Amanah Negara (AMANAH) menjadi bahan `boo’ oleh para peserta yang memakai baju hijau pada Perhimpunan Bantah TPPA yang kini berkumpul di Padang Merbok.

Parti itu diperlakukan demikian dipercayai oleh para peserta parti PAS ketika Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Tian Chua menyebut nama parti yang baru ditubuhkan itu.

“Jika pemimpin yang tidak mendengar suara rakyat, pemimpin ini perlu dijatuhkan.

“Dua hari lagi wakil Parlimen akan bersidang mengenai TPPA di Dewan Rakyat. Pemimpin yang terdiri daripada PAS, DAP, PKR dan Amanah,” katanya dihadapan peserta yang kini mencecah ribuan orang.

Menurut Tian Chua, isu TPPA adalah isu rakyat dan mereka mahu mempertahankan kedaulatan.