Bantah TPPA: Peserta banjiri Masjid Negara

walking

KUALA LUMPUR: Lebih 200 orang kini berkumpul di Masjid Negara bagi menyertai Perhimpunan membantah Malaysia daripada menandatangani perjanjian Trans- Pasifik (TPPA) yang akan dimeterai 12 buah negara pada 4 Februari ini.

Tinjauan krew FMT sejak jam 12 tengahari tadi mendapati, para peserta bertumpu di dua lagi lokasi yang dirancang oleh pihak penganjur selain Masjid Negara.

Dua kawasan tumpuan itu adalah di Maju Junction dan LRT Masjid Jamek.
Bagaimanapun ketika ini, para peserta lebih bertumpu di Masjid Negara yang dipercayai dijadikan pusat perhimpunan berkenaan.

Berdasarkan pemerhatian, terdapat banyak gerai-gerai menjual baju yang tertera tulisan bantah TPPA selain barang-barang lain yang merujuk kepada perkara sama.

Para peserta menunaikan solat Zohor secara berjemaah sementara menunggu arahan seterusnya daripada pihaik penganjur.

Antara pihak yang menyertai perhimpunan berkenaan adalah Parti Sosialis Malaysia (PSM), MTAGG dan parti PAS.

Turut kelihatan kelihatan pada dalam perhimpunan berkenaan Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, dan pemimpin PSM, S. Arutchelvan.

Polis menerusi Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) telah bersiap sedia sejak awal pagi bagi memantau keadaan para peserta di semua lokasi tumpuan peserta.