Netizen suarakan kebimbangan isu rizab Tabung Haji

KUALA LUMPUR : Netizen mempersoalkan amaran yang dibuat oleh Bank Negara terhadap Tabung Haji baru-baru ini bahawa paras rizab Lembaga Tabung Haji (TH) berada di paras negatif, di mana banyak persoalan yang kedengaran di media sosial “apa yang sedang berlaku?”

“Tabung Haji, apa yang sedang berlaku?” tanya salah seorang pengguna Twitter @ainazuhairi. Salah seorang pengguna Twitter @nhfza turut bertanya ”Apa yang berlaku dengan Tabung?’

Komen lebih tegas turut disuarakan dari pengguna Twitter @ezrinmn, yang menyuarakan kebimbangannya kerana dia merupakan salah seorang daripada 8.8 juta pendeposit akaun Tabung Haji.

“Aku sembang pasal kes Tabung Haji bukan sebab aku saje nak get into conversation. Aku antara 8.8 milion pemilik akaun TH. #Pray4TabungHaji” katanya.

Dalam surat bertarikh 23 Disember tahun lalu, Gabenor Bank Negara (BNM), Tan Sri Zeti Akhtar Aziz memberitahu Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, bahawa nilai aset hanya mencukupi untuk membayar tidak lebih daripada 98 sen bagi setiap seringgit nilai liabiliti.

Dalam satu surat berasingan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada tarikh sama, Zeti turut memberi amaran keadaan kewangan Tabung Haji boleh memberi kesan kewangan kepada kerajaan.

Pengulas dan kolumnis Malaysia Karim Raslan berkata “berjuta-juta rakyat Malaysia berhak untuk mengetahui kebenaran”.

Pendebat Syed Saddiq Abdul Rahman pula dalam tweetnya turut menyindir bahawa salah urus dana Tabung Haji sebagai “dimaafkan”

“Ia lebih buruk daripada mempolitikkan Islam,” Syed Saddiq dalam tweetnya beberapa jam yang lalu.

“Menggadai Institusi Islam demi kepentingan politik? Anda hakimi sendiri,” katanya.

Seorang pengguna twitter @rayyhanis mempersoalkan pihak berkuasa “Apa yang sedang berlaku sekarang.” katanya. “Tabung Haji dalam keadaam merah. Kerajan mengenakan GST kepada rakyat dan anda menyuruh kami untuk melakukan dua kerja manakala Ahli Parlimen boros membelanjakan wang itu.”

Mengulas mengenai sikap Azeez yang berdiam diri mengenai perkara itu sehingga kini, pengguna @LanaMichael berpendapat Azeez merupakan seorang “Ahli Parlimen bermuka tebal”

“Ahli politik majoritnya muka tebal. Anda fikir Azeez akan letak jawatan? Kalau bedemo kat menara Tabung Haji pon he’ll ask you to be tear-gassed k.”