Gempa bumi di Taiwan, 2 terbunuh

earthquake

PETALING JAYA: Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh dalam kejadian gempa bumi berukuran 6.4 skala Ritcher yang melanda Taiwan pada pukul 4.33 pagi (waktu tempatan) ini.

Menurut Pusat Tindakbalas Bencana negara itu, pasukan penyelamat masih bertungkus-lumus mencari mangsa yang masih terperangkap dalam bangunan selepas insiden gempa bumi itu berlaku.

Media rasmi Taiwan, Central News Agency melaporkan, seorang bayi perempuan berusia 10 hari dan seorang lelaki berusia 40 tahun terbunuh di Tainan.

Sekurang-kurangnya 221 orang telah diselamatkan daripada terperangkap dalam bangunan runtuh, kebanyakan bangunan yang runtuh di Tainan adalah bangunan kediaman 17 tingkat, lapor CNN.

Kedua-dua mayat itu juga dkesan daripada bangunan yang sama.

Seramai 115 orang di Tainan dimasukkan ke hospital, kata pegawai bencana.

Dilaporkan juga, kira-kira 60 bangunan pangsapuri yang dikesan runtuh di bandar Tainan dan angka sebenar jumlah mangsa yang terperangkap masih tidak jelas, kata seorang pegawai bomba Tainan City Fire Department, Li Bomin kepada CNN.

Lebih daripada 1,500 orang terlibat dalam usaha menyelamat.

Menurut laporan itu lagi, Presiden Taiwan keluar Ma Ying-jeou sedang dalam perjalanan ke bandar Tainan melawat kawasan tragedi.

Kira-kira 1.9 juta orang tinggal di Tainan, salah sebuah bandar tertua di negara itu.

Sehingga 5:30 pagi waktu tempatan, sebanyak 121,672 rumah dan perniagaan di Tainan terputus kuasa elektrik.

Gegaran itu berpusat kira-kira 48 kilometer (30 batu) di timur-tenggara Tainan, kata Pusat Kajian Geologi AS.