Polis akan siasat Mahathir

Khalid-Mahathir

PETALING JAYA: Ekoran beberapa laporan polis dibuat terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, pihak polis tidak akan berlengah lagi untuk memulakan siasatan ke atas beliau.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya akan menyiasat jikalau benar kandungan blog milik Mahathir itu mempunyai unsur fitnah.

“Ya, kita akui ada menerima laporan polis yang dibuat sejak semalam dan dua hari lalu untuk meminta kami menyiasat.

“Setiap tindakan perlu mengikut prosedur. Jika benar ada kes fitnah, kita akan serah kepada Jabatan Peguam Negara,” katanya, lapor Astro Awani.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Ketua Polis Pulau Pinang yang baharu, Datuk Abdul Ghafar Rajab, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang.
Tun Mahathir dalam tulisannya di blog http://chedet.cc, 5 Februari lalu, mendakwa Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali tidak akan mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam kes SRC International dan dana RM2.6 bilion kerana kononnya terhutang budi dengan Najib.