LGE vs Azmin: UMNO dinasihatkan berhati-hati

PETALING JAYA: Bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah mengingatkan UMNO supaya tidak tersulap dengan perselisihan antara Seri Mohamed Azmin Ali dengan Lim Guan Eng menyusuli pengguguran dua wakil rakyat PKR daripadasyarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) Pulau Pinang.

Dalam pada beliau menyifatkan perkembangan itu sebagai satu kemenangan moral kepada UMNO, Aminah berkata mereka tersilap langkah pada ketika ini sekiranya mengambil mudah ancaman PKR dan DAP kepada BN dalam pilihan raya akan datang.

“Pihak lawan (UMNO) kena berhati-hati jangan berseronok dan percaya sangat..

“..tetapi dekat pilihanraya nanti mereka bersatu dan ia akan menyebabkan pihak lawan mereka makin bercelaru,’ katanya kepada FMT.

Beliau tidak menolak kemungkinan akan ada ahli-ahli politik dalam kalangan PKR dan DAP cuba meraih publisiti murahan daripada pergaduhan antara dua pimpinan kanan Pakatan Harapan itu.

“Saya mempunyai pengalaman dalam PKR sebelum ini, saya tahu bagaimana cara pembangkang.

“(UMNO perlu) Teruskan kerja bagi memastikan kemenangan pembangkang di Pulau Pinang pada masa akan datang,” katanya kepada FMT.