Pesawat TUDM lakukan pendaratan cemas

tudmKUALA SELANGOR: Pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membuat pendaratan cemas berhampiran pantai di Kuala Selangor pagi tadi.

Menurut pengumuman rasmi TUDM, sebuah pesawat pengangkut CN-235 yang berpangkalan di Pangkalan Udara TUDM Subang membuat pendaratan tersebut kira-kira jam 8.50 pagi tadi.

Satu panggilan kecemasan dibuat sepuluh minit sebelum kejadian.

TUDM juga memaklumkan lapan penumpang pesawat diselamatkan nelayan di kawasan itu.

TUDM akan menubuhkan kumpulan penyiasat bagi mengenalpasti punca kejadian, dan akan berusaha menyelamatkan pesawat itu.