KUALA LUMPUR: Dataran Merdeka dan Padang Merbok berkemungkinan akan digunakan sebagai platform untuk Mat Motor berhibur dan mengendalikan aktiviti mereka.
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata keperluan mereka juga perlu dipertimbangkan kerana sebarang bentuk hiburan yang lain, mungkin jauh lebih mahal dan tidak mampu ditanggung oleh mereka.
“Kita sediakan persembahan, sesi jamming, peluang untuk menikmati keseronokan sendiri kerana mereka tidak mampu untuk hiburan lain.”
Ahli Parlimen Putrajaya itu juga berkata, ramai yang tidak memahami isu Mat Motor, menekankan bahawa beliau mengambil keputusan itu selepas melihat sendiri apa yang dilalui oleh mereka.
Justeru, kedua-dua lokasi dirancang akan dibuka kepada Mat Motor sekali atau dua kali sebulan.
Ku Nan juga menambah, memandangkan perlumbaan kereta dalam bandar KL dibenarkan, maka tidak salah untuk menimbangkan perkara yang sama kepada penunggang motosikal.
“Bagaimana anda rasa? Saya tidak tahu tentang anda, saya mempunyai perasaan,” katanya yang mengkasihani Mat Motor yang miskin sambil menambah akan membincangkan perkara itu dengan Kementerian Pengangkutan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Berkenaan sindiket perlumbaan haram yang menggunakan remaja perempuan dan wang sebagai hadiah untuk pelumba Mat Motor, Ku Nan menyampaikan kekesalan beliau.
“Saya tidak boleh menerimanya. Ia menggalakkan zina (seks menyalahi undang-undang), ” katanya sebagai respon kepada aduan lumba motor haram daripada penduduk di Cheras, Sentul dan Kepong.
“Saya tidak menghalalkan lumba haram, saya cuma memberikan mereka ruang,” katanya lagi.
Jelas beliau, jika Mat Motor ini terus berdegil berlumba berhampiran kawasan perumahan, mereka akan ditangkap.
Semalam, Tengku Adnan memberitahu Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan bahawa cadangan untuk mengadakan perlumbaan motosikal di jalan-jalan bandar adalah untuk memerangi perlumbaan haram yang datang dengan budaya “mat rempit”.