Suu Kyi hilang sabar ditemubual penyampai Islam

Aung-San-Suu-Kyi_mishal-musain_600

PETALING JAYA: Ikon demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi hilang sabar dan melahirkan kemarahannya diradio apabila ditemubual oleh seorang penyampai yang beragama Islam.

Pemenang Hadiah Nobel Keamanan itu marah apabila ditemubual oleh penyampai BBC Today, Mishal Musain.

“Tak ada siapa yang memberitahu saya bahawa saya akan ditembual oleh seorang Islam,” katanya menerusi temubual tersebut.
Dalam temubual yang dianggap tegang itu, Suu Kyi telah diasak oleh Mishal berhubung sikap kurang tegasnya terhadap keganasan yang dihadapi oleh golongan minoriti Muslim di Myanmar yang kebanyakan daripada mereka meminatinya.

Memetik laporan Mail Online, Suu Kyi turut ditanya berkali-kali oleh Mishal berhubung tindakannya yang berdiam diri dan tidak menjawab kepada persoalan ditimbulkan berhubung sentimen anti-Islam dan pembunuhan beramai-ramai terhadap masyakat Islam di Myanmar.

“Saya rasa ramai juga masyarakat Buddha yang telah meninggalkan negara ini atas pelbagai sebab. Ini adalah hasil daripada penderitaan kita di bawah rejim diktator,” kata Mishal.