Video berebut tudung Fareeda hanya gimik?

Video berebut tudung Fareeda hanya gimik?

Pengunjung yang datang dikatakan berebut nombor giliran hanya semata-mata mahu mendapatkan koleksi terbaru yang dinamakan `Sweet Love'.

fareeda

PETALING JAYA:
Heboh di media sosial apabila visual orang ramai berebut-rebut mahu mendapatkan nmbor giliran pada sesi pengenalan koleksi terbaru tudung Fareeda menjadi viral sejak semalam.

Tidak kurang pula ramai dalam kalangan netizen mempersoalkan langkah pemilik jenama itu yang sengaja memuat naik video tersebut yang didakwa hanya sebagai gimik untuk menarik perhatian pelanggan.

Berdasarkan visual yang tersebar, pengunjung berkenaan dikatakan berebut mahu mendapatkan koleksi tudung yang dinamakan `Sweet Love’.

Serangan pengunjung ke premis Fareeda yang dipaparkan melalui video itu dikatakan berlaku di Butik Fareeda dekat Bangi.

Bagaimanapun, menerusi video itu juga dapat dilihat dengan jelas pengunjung berasak-asak bercampur antara lelaki dan perempuan tanpa diadakan satu laluan pengasingan.

Seorang pengguna Facebook, Jeehan Abdullah memberikan komen;
“Nk tgelak tgk org brebutkn tudung yg mcm tu…adehhh…kesian pon ada…fareeda pon satu hal…saja buat kluaran limited utk stiap pattern….supaya org berebut2 saper cepat dia dapat…tudung gtu bg free pon aku x nak…sori to say the truth,” katanya.

Komen Qurratu Ain Niza pula berbunyi;
“Abg2..kakak2 mkcik2..pkcik2..bukan fareeda je jual tdung..kat msjid india tu blmbak2 kedai tdung..xmalu ke brebut2 hnya krna tdung..??,” tulisnya.

Sementara itu, selebriti, Wardina Safiyyah mengkritik pemilik butik tudung berkenaan di laman sosial dengan menyifatkan mereka telah memberi layanan kepada pelanggan seperti lembu.

“Baru tengok video viral satu butik tudung..Saya mengharapkan pemilik butik tudung janganlah merendahkan dan melayan pembeli anda seperti kambing atau lembu. Manusia selayaknya dilayan seperti manusia,” tulisnya.

https://www.youtube.com/watch?time_continue=11&v=TqWk8G9aXnU

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.