PRN Sarawak: Penamaan calon 25 April, mengundi 7 Mei

sarawak

Hari membuang undi pada Pilihan Raya Negeri ke-11 (PRN) Sarawak ditetapkan pada 7 Mei ini manakala hari penamaan calon pada 25 April.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Hashim Abdullah berkata, pengundian awal bagi tentera dan polis pula ditetapkan pada 3 Mei.

Katanya, seramai 82 Pegawai Pilihanraya dilantik bagi 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak, Tan Sri Adenan Satem sebelum ini yakin BN mampu menang antara 60-70 kerusi daripada 82 kerusi.

Sementara, Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chien Jien pula berkata, pembangkang di negeri itu mampu memperoleh 22-24 kerusi.

Seramai 1,138,650 pengundi berdaftar layak mengundi termasuk 25,022 askar dan polis berdasarkan senarai pengudnian sehingga 10 April lalu.

Dalam sidang media itu, Hashim memaklumkan SPR telah meluluskan permohonan Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDS – Baru) untuk menggunakan simbol sendiri pada PRN kali ini.