Nazir ambil cuti beri laluan siasatan AS$7 juta

Nazir-RazakKUALA LUMPUR: Pengerusi CIMB Group Holdings, Datuk Seri Nazir Razak secara sukarela bercuti mulai hari ini, bagi membolehkan siasatan bebas dijalankan membabitkan isu pemindahan AS$7 juta.

Perkara itu dinyatakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes dalam akaun rasmi Instagramnya hari ini yang menyifatkan ia sebagai “class act”.

“Langkah itu diambil atas amalan tadbir urus korporat yang baik serta ketelusan.

Kumpulan CIMB mengadakan mesyuarat agung tahunan ke-59 hari ini dan Nazir turut hadir pada mesyuarat itu.

Sejumlah AS$7 juta itu dilaporkan diterima daripada abangnya yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk dipindahkan kepada ahli politik parti pemerintah.

Ketika ditutup untuk waktu rehat tengah hari, harga saham CIMB susut satu sen kepada RM4.87, dengan 4.15 juta saham diniagakan.

– BERNAMA