LGBT tidak layak sertai polis

lgbt

PETALING JAYA: Individu yang mengamalkan budaya hidup lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) perlu mematuhi prinsip yang diamalkan di negara ini jika mahu menyertai polis.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata, buat masa ini, pihaknya tidak akan melayan golongan yang disifatkan sebagai jauh menyimpang daripada tatatertib budaya Malaysia yang merupakan sebuah negara Islam.

“Golongan ini (LGBT) tidak layak menyertai pasukan polis. Budaya itu bukan ditentukan oleh pihak polis sebaliknya adalah adat dan penerimaan rakyat di negara ini,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian Sijil Tamat Latihan Inspektor Siri 3 2015 di PULAPOL , lapor Astro Awani.

“Namun begitu, jika mereka layak menyertai polis mereka perlu mematuhi prinsip yang diamalkan di negara ini,” katanya lagi.

Pada majlis itu seramai 575 pegawai kadet menerima Sijil Tamat Latihan Inspektor.