Pengguna di Malaysia layari FB 3 jam sehari

Dan-Near

PETALING JAYA: Pengguna Facebook di Malaysia menjadi juara di rantau ini, apabila mereka secara purata menghabiskan lebih tiga jam sehari untuk melayari laman media sosial itu.

Naib Presiden Asia Pasifik Facebook, Dan Neary yang dipetik Oriental Daily berkata, hasil kajian menunjukkan, netizen di negara ini purata menggunakan 187 minit atau lebih tiga jam untuk melayari Facebook.

Negara lain seperti Thailand ialah 160 minit, Filipina 140 minit dan Indonesia 129 minit.

Jelasnya, netizen di Malaysia gemar menggunakan Facebook sebagai platform berkomunikasi, dengan jumlah rakan mereka dalam Facebook 60 peratus lebih ramai daripada purata pengguna Facebook di negara lain.

Sementara itu, Pengurus Facebook Malaysia, Nicole Tan berkata, pengguna Facebook di negara ini amat aktif, dengan kebanyakan menggunakan gajet.

Statistik menunjukkan, perkhidmatan lain di bawah Facebook, seperti Messenger mempunyai 900 juta pengguna di seluruh dunia, WhatsApp mempunyai 1 bilion pengguna dan Instagram 400 juta pengguna.