Smash Chong Wei diiktiraf terpantas di dunia

lee_chong_weiKUALA LUMPUR: Pukulan smash bekas pemain badminton nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei dengan kelajuan 408 km sejam pada perlawanan Terbuka Hong Kong tahun lalu diiktiraf sebagai paling hebat sejak September.

Smash Chong Wei yang kini pemain badminton kedua dunia disenaraikan di kedudukan teratas, menurut data yang dibekalkan Hawk-Eye Innovations, penyedia perkhidmatan kajian segera di kejohanan besar.

Denmark’s Jan O Jorgensen berada di belakang Chong Wei dengan kelajuan smash 407 km sejam pada perlawanan separuh akhir di Terbuka Malaysia tahun ini.

Pemain Thailand, Ratchanok Intanon, pemain badminton wanita kedua dunia, tidak ketinggalan jauh ke belakang dengan mencatatkan kelajuan 373 km sejam pada perlawanan separuh akhir di Terbuka Malaysia.

– Reuters