Maut tersembam dalam besen

leams

TUMPAT: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun ditemui mati lemas di dalam besen di rumahnya di Kampung Pak Keral, di sini, kelmarin, dipercayai ketika hendak mengambil wuduk untuk menunaikan solat maghrib.

Nur Syamila Amisa Izol ditemui dalam keadaan mukanya tersembam di dalam besen di dalam bilik air rumah berkenaan, lapor Kosmo.

Mangsa dipercayai mengambil wuduk sebelum ke surau menunaikan solat Maghrib untuk bacaan Yasin sempena malam Nisfu Syaaban.

Ibunya, Syamsiah Daud, 42, berkata pada kejadian jam 7.30 malam itu, dia ke bilik air untuk mengambil wujud dan terkejut melihat anaknya yang mesra dengan panggilan Mila berada di bilik air.

“Selepas kakak dan adiknya selesai solat Maghrib, saya terus keluar untuk mengambil wuduk. Saya tak sedar mangsa tiada dalam saf solat Maghrib bersama kakak dan adiknya.

“Selama ini mereka bertiga akan menunaikan solat Maghrib bersama-sama. Mangsa memang menghidap penyakit misteri sejak dua tahun lalu menyebabkan dia kerap pengsan dan diserang sawan,” katanya kepada Kosmo.