Nazir masjid Selayang berdepan tindakan dipecat

(Jais)-Haris-KasimPETALING JAYA: Pengerusi sebuah masjid di Selangor mungkin akan dipecat kerana mengizinkan wakil rakyat bukan Islam masuk ke ruang solat masjid itu baru-baru ini.

Malay Mail Online memetik Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Haris Kasim sebagai berkata, pengerusi yang tidak dinamakan dalam laporan itu akan dipecat.

Semalam, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kesal dengan nazir masjid yang membenarkan ahli politik bukan Islam menjalankan program politik dalam premis masjid.

Dalam kes ini, pengerusi masjid berkenaan mengizinkan Leong ke dalam ruang solat masjid semasa majlis berbuka puasa Sabtu lepas.

Leong nafi memberikan ucapan berbaur politik dan berkata sekadar mengagihkan sumbangan dan mengucapkan jemaah “selamat berbuka”.

Haris memberitahu portal berita itu, pemecatan akan disampaikan kepada nazir terbabit hari ini.

Nazir masjid bertugas menyelia operasi harian masjid dan dilantik majlis agama Islam negeri.

Menurut Garis Panduan Penggunaan Masjid dan Surau di Negeri Selangor 2010, bukan Islam tidak dibenarkan masuk ke ruang ibadat masjid atau surau di negeri Selangor, untuk sebarang aktiviti, menurut laporan itu.

Mereka yang melanggar peraturan itu boleh didakwa di bawah Seksyen 12 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) dan boleh didenda tidak melebihi RM30,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.