Polis ambil kenyataan mufti Pahang

chief Sharifuddin Ab GhaniKUANTAN: Polis negeri mengambil keterangan daripada Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman, berkaitan istilah ‘kafir harbi’.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Sharifuddin Ab Ghani berkata keterangan Rahman diambil di pejabatnya di sini semalam.

“Keterangan beliau (mufti Pahang) sudah kami serahkan kepada Polis Pulau Pinang yang melakukan siasatan kerana laporan polis mengenainya dibuat di sana,” katanya kepada pemberita di sini, malam tadi.

Sharifuddin berkata demikian semasa ditemui selepas majlis berbuka puasa dan moreh Zon C bersama ketua polis dan menteri besar Pahang sempena Ramadan di sini.

Berdasarkan laporan media baru-baru ini, Rahman dipetik sebagai berkata DAP yang jelas menentang pelaksanaan hukum Islam dan berhasrat untuk menubuhkan sebuah negara sekular tergolong dalam kalangan kafir harbi yang wajib ditentang umat Islam.

Rahman bagaimanapun menjelaskan kenyataannya itu tidak merujuk kepada DAP, tetapi kepada sesiapa sahaja yang menentang Islam.

– BERNAMA